Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Jaringan kerjasama kukuh, menyeluruh' penting demi pelihara keamanan di Asia Pasifik: Menteri Luar Filipina

Memelihara keamanan di Asia Pasifik perlukan "jaringan kerjasama yang kukuh dan menyeluruh" untuk mengharungi cabaran "landskap global yang ketara berbeza", kata Setiausaha Ehwal Luar Negara Filipina Enrique Manalo pada Khamis (9 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
'Jaringan kerjasama kukuh, menyeluruh' penting demi pelihara keamanan di Asia Pasifik: Menteri Luar Filipina
Diterbitkan : 09 Jan 2025 10:10PM Dikemas Kini : 09 Jan 2025 10:12PM
SINGAPURA: Memelihara keamanan di Asia Pasifik perlukan "jaringan kerjasama yang kukuh dan menyeluruh" untuk mengharungi cabaran "landskap global yang ketara berbeza", kata Setiausaha Ehwal Luar Negara Filipina Enrique Manalo pada Khamis (9 Jan).

Meskipun blok serantau seperti Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) "kekal memainkan peranan penting", apabila berlaku pergolakan global, mengadakan dialog berbilang hala, serantau, subrantau dan dua hala serta kerjasama di luar blok itu juga dapat dilakukan, katanya.

"Tiada sebab mengapa dialog atau inisiatif serantau pelbagai hala lain yang menjadi pelengkap kepada ASEAN atau melibatkan ASEAN dengan pihak-pihak lain tidak harus diteroka," kata Encik Manalo dalam ucap tama di Forum Tinjauan Serantau ISEAS-Institut Yusof Ishak yang diadakan di pusat konvensyen Marina Bay Sands di Singapura.

Pergolakan global yang dinukil oleh Encik Manalo adalah konflik yang berterusan di Ukraine dan Timur Tengah serta persaingan antara Amerika Syarikat dengan China.

Dalam ucaptamanya berjudul "Dapatkah Semangat Kerjasama Terus Menyerlah Dalam Keadaan Tidak Stabil?", beliau menekankan peri penting memudahkan pertumbuhan ekonomi dengan melabur dalam modal insan, menyesuaikan rantaian bekalan agar lebih berdaya tahan dan bersepadu serta mengukuhkan ketersambungan.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan