Skip to main content

Singapura

Jangan ulang dakwaan palsu berhubung kes pengedar dadah M'sia: Amaran AGC

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan ulang dakwaan palsu berhubung kes pengedar dadah M'sia: Amaran AGC

Pejabat Peguam Negara. (Gambar fail)

SINGAPURA: Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Rabu (27 Apr) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengulangi dakwaan palsu berhubung kes pengedar dadah Malaysia yang disabit bersalah.

Nagaenthran Dharmalingam, menjalani hukuman gantung pada Rabu, menurut keluarganya.

Pada Selasa, Mahkamah Rayuan menolak rayuan saat-saat akhir oleh Nagaenthran dan ibunya, Cik Panchalai Supermaniam.

Dalam satu kenyataan media pada pagi Rabu, AGC memaklumkan bahawa beberapa individu dan kumpulan "mengulangi dakwaan palsu" yang dikemukakan dalam afidavit Cik Panchalai dan "berusaha untuk menyerang kewibawaan" Hakim Besar Sundaresh Menon berhubung pelibatannya dalam prosiding berkenaan.

Pihak pendakwa raya menyatakan bahawa dakwaan palsu itu dibuat sebelum dan selepas permohonan pada Isnin. Dakwaan palsu itu dibuat di dalam dan luar Singapura.

"AGC memandang serius sebarang perbuatan yang boleh dianggap sebagai menghina mahkamah dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi pentadbiran keadilan,” menurut AGC.

AGC menyatakan bahawa pemohonan yang dibuat pada Isnin merupakan pemohonan ketujuh, dan ini tidak termasuk rayuan yang dibuat Nagaenthran selepas permohonana rayuannya terhadap sabitan kesalahan ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 2011.

Dalam prosiding sebelum ini pada Mac, Mahkamah Rayuan menyampaikan penghakiman selepas permohonan Nagaentran "berkaitan dengan keadaan mental yang semakin merosot".

KERTAS UNDANG-UNDANG "DENGAN JELAS DISEDIAKAN PEGUAM": AGC

Dalam permohonan terbarunya, Cik Panchalia berkata permohonan dan afidavit disiapkan dan dikemukakan dengan bantuan "kawan dan aktivis sosial" sambil menambah bahawa peguam "tidak mahu ambil tindakan".

AGC mendedahkan bahawa kertas undang-undang dalam permohonan terbaru itu "jelas disiapkan dengan nasihat undang-undang".

AGC menambah bahawa alamat emel yang diberikan Cik Panchalai "tidak kelihatan" seperti ia milik beliau dan beliau memberikan kertas undang-undang yang ditandatangani "orang lain".

Pihak pendakwa berhujah bahawa ibu Nagaethran seharusnya diarah supaya menyatakan identiti orang yang terlibat dalam menyediakan kertas undang-undang tersebut.

Mahkamah Rayuan mendapati kertas undang-undang itu jelas disediakan seorang peguam dan menyoal Cik Panchalai tentang mereka yang telah membantunya menyediakan serta memfaikan kertas tersebut, kata AGC.

Mahkamah menetapkan bahawa "permohonan yang berterusan dengan jelas satu usaha untuk menggagalkan usaha mahkamah untuk melaksanakan tanggungjawab mereka, tambah AGC.

Hakim Phang berkata mahkamah mendapati permohonan itu "tiada merit" semasa menyampaikan penghakiman bagi pihak panel pada Selasa.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita