Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jangan terpedaya dengan rencana online ini; PM Lee tidak sokong pelaburan mata wang kripto

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan terpedaya dengan rencana online ini; PM Lee tidak sokong pelaburan mata wang kripto

Tangkap layar artikel palsu. (Gambar: Singapore Police Force)

Diterbitkan : 30 Apr 2022 05:16PM Dikemas Kini : 30 Apr 2022 05:22PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu (30 April) mengeluarkan amaran terhadap satu rencana online palsu yang menunjukkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong seolah-olah menyokong pelaburan dalam mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum.

Rencana-rencana palsu ini menggambarkan seolah-olah pelaburan sedemikian "selamat dan sangat menguntungkan", menurut polis dalam kenyataan medianya.

"Rencana-rencana online biasanya adalah iklan-iklan online berbayar yang dipaparkan seolah-olah ia adalah artikel berita. Ia berfungsi sebagai clickbait (umpan) untuk memikat pembaca," tambah kenyataan polis itu lagi.

Apabila seseorang individu menekan pautan pada rencana itu, mereka akan dibawa ke laman web yang lain, yang menawarkan pelaburan melalui perdagangan mata wang kripto atau produk-produk kewangan lain.

Jika mereka memberikan nombor telefon mereka di laman web itu, maka mereka akan menerima panggilan daripada seseorang dari skim tersebut.

"Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya jangan berurusan dengan syarikat-syarikat sedemikian yang menggunakan iklan palsu atau mengelirukan," tegas polis.

Orang ramai seharusnya bertanya seberapa banyak soalan yang diperlukan untuk mereka memahami sepenuhnya tentang peluang pelaburan itu dan berhati-hati jika syarikat tersebut tidak dapat atau cuba mengelak menjawab soalan mereka, tambah polis.

Orang ramai juga harus memeriksa syarikat itu, pemiliknya, pengarah dan para anggota pengurusannya untuk menilai kesahihan peluang pelaburan yang ditawarkan dan kelayakan wakil syarikat dengan menggunakan sumber yang tersedia, termasuk Senarai Institusi Kewangan.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan