Skip to main content

Singapura

Jangan terpedaya dengan penipuan terbaru ini; 130 mangsa rugi S$182,000 dalam 2 minggu pertama Dis

Anggaran Waktu Membaca:


SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) mengeluarkan amaran kepada orang ramai yang membeli-belah online supaya berhati-hati terhadap peningkatan pada jumlah kes memancing data peribadi yang melibatkan penghantaran bungkusan.

Sekitar 130 mangsa mengalami kerugian sekurang-kurangnya S$182,000 pada bulan ini.

Dalam makluman yang dikeluarkan pada Khamis (15 Dis), pihak polis menyatakan bahawa para mangsa akan menerima kiriman emel atau mesej yang kononnya mendakwa bahawa bungkusan yang sedang mereka sedang menanti untuk dihantarkan atau seolah-olah mereka mempunyai bil tertunggak yang perlu dibayar.

Kiriman mesej sedemikian akan disertakan dengan pautan untuk para mangsa memeriksa maklumat mengenai penghantaran bungkusan mereka.

Namun demikian, pautan tersebut apabila diakses akan merujuk mangsa ke sebuah laman palsu, di mana ia akan meminta butiran kad kredit atau debit serta Kata Laluan Sekali Sahaja (OTP).

"Para mangsa hanya akan menyedari bahawa mereka sudah ditipu apabila melihat transaksi yang tidak dibenarkan, dibuat menggunakan kad kredit atau debit mereka," lapor pihak polis.

Polis mengingatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan jenayah seperti berikut:

- Jangan mengakses pautan yang disediakan di emel atau kiriman mesej yang tidak diminta

- Pastikan anda sentiasa mengesahkan kesahihan maklumat dengan laman atau sumber rasmi, meskipun anda sedang menjangkakan penghantaran bungkusan anda

- Pastikan anda sentiasa menyemak butiran transaksi sebelum membenarkan sebarang transaksi dilaksanakan

- Jangan mendedahkan butiran peribadi anda atau perbankan Internet anda dan OTP kepada sesiapa saja

- Laporkan sebarang pembayaran palsu menggunakan kad kredit atau debit anda kepada pihak bank dan batalkan kad anda dengan segera

- Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung jenayah sedemikian boleh menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menghantarkan maklum balas secara online menerusi www.police.gov.sg/iwitness.

Pihak polis menambah, orang ramai juga boleh melungsuri laman www.scamalert.sg atau menghubungi talian antipenipuan di 1800-722-6688 untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung kes penipuan.

Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita