Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Jangan sebar video budak lelaki diserang 2 remaja," nasihat Dr Faishal agar mangsa tidak tertekan

Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Dr Muhammad Faishal Ibrahim menggesa masyarakat supaya jangan menyebarkan satu rakaman video yang menunjukkan insiden serangan membabitkan tiga orang budak lelaki.

Anggaran Waktu Membaca:
"Jangan sebar video budak lelaki diserang 2 remaja," nasihat Dr Faishal agar mangsa tidak tertekan

Gambar hiasan. (Gambar fail: Try Sutrisno Foo)

SINGAPURA: Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Dr Muhammad Faishal Ibrahim menggesa masyarakat supaya jangan menyebarkan satu rakaman video yang menunjukkan insiden serangan membabitkan tiga orang budak lelaki.

Rakaman video itu dipercayai menunjukkan seorang budak lelaki diserang oleh dua remaja lelaki.

Menurut Dr Faishal dalam catatan Facebooknya pada Rabu (25 Ogos), beliau difahamkan oleh pihak polis bahawa kejadian berkenaan berlaku pada Januari 2021.

Ketiga-tiga budak lelaki itu juga saling mengenali satu sama lain.

Berhubung kejadian itu, dua remaja lelaki itu sudah didakwa dengan tuduhan yang berkaitan dengan samseng dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada mangsa (di bawah Kanun Jenayah), menurut Dr Faishal.

"Mangsa sudah mendapatkan rawatan perubatan menyusuli kejadian itu dan didiagnosis mengalami cedera ringan.

"Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya jangan menyebarkan video itu kerana dengan berbuat demikian ia akan menambah tekanan terhadap mangsa," nasihat Dr Faishal sebelum mengakhiri catatannya.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan