Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jangan pandang ringan keupayaan beri respons dalam insiden pengganas: Masagos

Keupayaan untuk memberikan respons kepada serangan pengganas tidak harus dipandang ringan. Demikian ditegaskan Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli semasa ditemui pihak media di Stesen MRT Tampines West hari ini (27 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Jan 2019 09:45PM Dikemas Kini : 27 Jan 2019 09:53PM

SINGAPURA: Keupayaan untuk memberikan respons kepada serangan pengganas tidak harus dipandang ringan. Demikian ditegaskan Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli semasa ditemui pihak media di Stesen MRT Tampines West hari ini (27 Jan).

Encik Masagos yang juga Penasihat Pertubuhan Akar Umbi Tampines berada di sana bagi menyaksikan latihan antipengganasan kendalian Pasukan Polis Singapura (SPF).

Beliau menekankan pentingnya latihan itu diadakan secara kerap. Ia bertujuan mempersiap kakitangan SBS Transit dan masyarakat awam terhadap potensi serangan pengganas.

Simulasi serangan pengganas yang diadakan di Stesen MRT Tampines West pada tengah hari tadi (27 Jan) adalah sebahagian daripada Latihan Quicksand yang melibatkan sekitar 120 kakitangan. Latihan itu juga sebahagian daripada gerakan nasional tentang kesedaran terhadap pengganasan, SGSecure.

Pihak berkuasa menyatakan pengendali pengangkutan awam memainkan peranan penting semasa serangan berlaku kerana mereka boleh menghulurkan bantuan segera kepada para mangsa dan membantu pemindahan mereka.

Polis menambah, latihan itu juga satu cara untuk mengukuhkan kebingkasan dan keselamatan rangkaian pengangkutan Singapura.

SBS Transit akur inisiatif itu turut meningkatkan kesedaran orang ramai.

"Latihan seperti ini memberi kita peluang untuk mempersiapkan diri dan membuat penyesuaian yang mana perlu," kata Ketua Rel SBS Transit, Encik Leong Yim Sing.  

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan