Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Jangan hanya minta perubahan," DPM Wong gesa belia jadi warga aktif & corak masa depan S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
 "Jangan hanya minta perubahan," DPM Wong gesa belia jadi warga aktif & corak masa depan S'pura

DPM Wong di Forum Menteri Kent Ridge Universiti Nasional Singapura (NUS). (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 26 Aug 2022 11:57PM Dikemas Kini : 27 Aug 2022 06:58AM
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong pada Jumaat (26 Ogos) menggesa golongan belia supaya menjadi rakyat yang aktif dalam membentuk dan mencorakkan masa depan Singapura.

Semasa berucap di Forum Menteri Kent Ridge Universiti Nasional Singapura (NUS), Encik Wong menekankan betapa pentingnya agenda Melakar Hala Tuju Singapura sebagai usaha untuk menyegarkan dan memperkukuhkan kontrak sosial negara ini.
"Beberapa soalan untuk diajukan kepada anda semua adalah seperti berikut: Bagaimana kita boleh terus menyediakan lebih banyak peluang untuk setiap rakyat Singapura? Bagaimana kita boleh memastikan Singapura bersatu dan inklusif sambil kita maju bersama?" tambah beliau.

"Akhir sekali, apakah perubahan yang anda ingin lihat di Singapura dan apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu merealisasikannya? Jangan hanya meminta perubahan dan mengatakan ia adalah urusan orang lain untuk menyelesaikan perkara itu," tegas Encik Wong. Beliau mengajukan soalan-soalan itu kepada para pelajar di auditorium tersebut.

"Apakah yang anda ingin lihat dan bagaimana anda boleh terlibat sebagai seorang rakyat yang aktif dalam membentuk dan mencorakkan masa depan Singapura?"

Singapura mewarisi negara yang "stabil, makmur dan bersatu" daripada nenek moyang kita," tambah beliau.

"Kita harus menghargainya. Kita seharusnya amat menghargai hadiah indah ini yang dikurniakan kepada kita, yang kita berada dalam persekitaran ini di sini" kata DPM Wong.

"Tetapi kita tidak boleh mengambil mudah perkara itu. Saya rasa ia adalah tanggungjawab kita bersama untuk melihat bagaimana kita boleh memperbaikinya dan menjadikannya lebih baik."

KETIDAKSAMAAN PENDAPATAN, MENYOKONG GOLONGAN RENTAN

Dalam ucapannya, Encik Wong turut menyentuh tentang isu ketidaksamaan pendapatan di Singapura dan betapa pentingnya untuk membantu keluarga berpendapatan rendah.

Ketidaksamaan pendapatan di Singapura, seperti yang diukur oleh pekali Gini, semakin mengecil.

"Ia adalah berkat usaha kita untuk meningkatkan pendapatan dan memastikan setiap keluarga berpendapatan rendah dapat menikmati pertumbuhan pendapatan yang baik.

"Ia sangat penting untuk perpaduan di Singapura supaya semua orang terus mempunyai peluang ini untuk maju bersama," kata DPM Wong.

"Bagaimanakah kita mengekalkan, itulah soalannya?"

Sekalipun Singapura terus berkembang dengan pesat sebagai sebuah bandar global, negara ini mesti memastikan setiap orang "maju dan bergerak ke hadapan bersama," tambah beliau.

"Satu strategi penting ialah memastikan kita terus mempunyai sistem cukai dan pemindahan yang adil dan progresif," ujar beliau selanjutnya.

Pemerintah akan terus mengekalkan sistem progresif yang adil, dan "akan condong memihak" kepada golongan yang lemah dan berpendapatan rendah di Singapura.

Keluarga-keluarga berpendapatan rendah memerlukan sokongan daripada agensi-agensi pemerintah serta campur tangan dan huraian-huraian untuk membantu mereka mengatasi cabaran yang dihadapi dalam kehidupan mereka, kata Encik Wong.
"Ini memerlukan sumber yang banyak," kata beliau sambil menambah bahawa setiap keluarga memerlukan pekerja sosial, kaunselor dan bantuan orang ramai untuk bersama-sama menolong mereka.

"Dan inilah sebabnya penting untuk kita memahami bahawa untuk memastikan ia berjaya, ia tidak mungkin hanya bergantung kepada usaha pemerintah saja," kata DPM Wong.

"Untuk membolehkan huraian-huraian seperti ini, kita memerlukan semua orang untuk bersatu. (Kita memerlukan) semua orang untuk memainkan peranan mereka."
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan