Skip to main content

Singapura

Jangan guna ayat Quran wajarkan jenayah tidak berperikemanusiaan, tegas Mufti

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jangan biarkan sesiapa pun bercakap tentang kitab suci dengan penghinaan, apatah lagi berbohong tentang apa yang dikatakan atau sengaja memberikan gambaran yang salah tentang ajarannya.

Dan, lebih teruk lagi, untuk mewajarkan jenayah keji dan tidak berperikemanusiaan menggunakan ayat-ayat suci.

Demikian menurut Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir di akaun Instagram miliknya pada Rabu (27 Mac).

Catatan itu adalah komen pertama Dr Nazirudin tentang catatan di akaun Facebook rasmi Kedutaan Israel pada Ahad (24 Mac) yang mengandungi dakwaan membandingkan berapa kali Israel dan Palestin disebut dalam Al-Quran.

"Kami melihat ini dalam catatan baru-baru ini mengenai sebutan "Israel" dalam Al-Quran berkaitan dengan keadaan yang sudah menyedihkan dan menghancurkan penduduk Gaza dan Palestin," kata Dr Nazirudin.
Hantaran tersebut berbunyi: "Israel disebut 43 kali dalam Al-Quran, manakala Palestin tidak disebut sama sekali.

"Setiap bukti arkeologi - peta, dokumen, syiling menghubungkan tanah Israel dengan penganut Yahudi sebagai penduduk asli tanah itu."

Hantaran itu kemudiannya dipadam pada hari yang sama selepas pemerintah campur tangan dan minta ia diturunkan.
"Kami berasa lega kerana catatan itu telah diturunkan di Singapura, tetapi kami benar-benar bimbang tentang mereka yang menyalah gunakan kitab suci. Dalam masa tragedi yang mencabar dan kesakitan dan penderitaan yang hebat ini, marilah kita memberi tumpuan kepada nilai yang paling penting dalam kitab suci kita - kesucian kehidupan manusia yang mesti dilindungi dan diselamatkan," kata beliau.

Tambahnya, sebarang ketidakadilan perlu ditangani dengan tegas.

"Kita akan bertemu mereka yang tidak adil, tetapi marilah kita mencabar ketidakadilan dengan tegas dan hormat.

"Kita dengar tentang keganasan dan penindasan, tetapi marilah kita tetap tabah di jalan harmoni dan keamanan," kata beliau.
Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita