'Jangan datang lagi,' kata hakim kepada pencuri bersiri Panadol yang kosongkan rak di pasar raya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pencuri bersiri yang dibebaskan lebih awal kerana hukumannya dikurangkan, atas kesalahan mencuri Panadol, mengulangi perbuatannya itu dengan mencuri semua bekalan ubat tersebut di sebuah pasar raya.
Walau bagaimanapun, dia enggan mendedahkan apa yang dilakukan dengan sekurang-kurangnya 66 kotak Panadol yang dicuri. Lelaki tersebut juga tidak memulangkan semula barang curiannya itu.
Sng Cheow Sim , 51 tahun, dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan lagi 47 hari pada Isnin (20 Nov) kerana mengulangi kesalahan ketika dibebaskan.
Sng mengaku bersalah atas dua dakwaan mencuri, dengan dakwaan ketiga dipertimbangkan ketika hukuman dijatuhkan.
Mahkamah diberitahu bahawa Sng dijatuhi hukuman penjara 19 bulan pada 2022 kerana mencuri Panadol bernilai kira-kira S$250.
Pada Ogos, ketika dia dibebaskan lebih awal atas kesalahan sebelum ini, Sng mula mencuri lagi.
Dia ke sebuah pasar raya di Ang Mo Kio dan mencuri 30 kotak Panadol bernilai S$330, yang disembunyikan di dalam beg tote.
Seorang pegawai keselamatan menyaksikan Sng memasukkan kotak-kotak ubat tersebut ke dalam begnya. Pegawai keselamatan itu mengejar Sng apabila dia meninggalkan pasar raya tersebut tanpa membayar, namun, tidak berjaya menangkapnya.
Pegawai keselamatan itu membuat laporan polis pada hari yang sama. Perbuatan Sng dirakam kamera litar tertutup.
Pada 21 Ogos, Sng pulang ke pasar raya yang sama. Dia memasukkan 36 kotak pil Panadol, termasuk Panadol Extra, Panadol Sinus Max dan Panadol Cold Relief, ke dalam beg totenya dan meninggalkan pasar raya itu tanpa membayar.
Seorang eksekutif pasar raya itu kemudian membuat laporan polis selepas seorang pegawai keselamatan memberitahunya bahawa rak yang digunakan untuk mempamerkan produk Panadol dikosongkan.
Sng dikenal pasti oleh polis dan dia diberkas dua hari kemudian. Barang-barang yang dicuri tidak ditemui kerana Sng enggan mendedahkan apa yang dia sudah lakukan terhadap Panadol yang dicurinya.
Pada Isnin (20 Nov), pihak pendakwa meminta hukuman sekurang-kurangnya dua tahun penjara bagi Sng.
Sabitan kesalahan terakhirnya juga melibatkan tindakan mencuri Panadol, dengan corak fakta yang serupa. Namun, hukuman penjara ke atasnya sebelum ini tidak menghalangnya, kata Pegawai Pendakwa Negara Lim Yeow Leong.
Kali ini, nilai keseluruhan yang dicuri Sng, termasuk dakwaan yang diambil kira, bernilai kira-kira S$970, tambah Encik Lim.
Sng berkata dia mahu hakim menjatuhkan hukuman yang "lebih ringan", kerana ibunya menghidapi barah payu dara.
"Jangan datang lagi, OK," kata hakim kepada Sng. Beliau menambah bahawa sekiranya Sng kembali lagi, dia akan menerima hukuman lebih berat.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.