Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Jangan babitkan keluarga saya': Shanmugam sangkal dakwaan syarikat anak lelaki ubah elok banglo Ridout Road

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pada Isnin (3 Jul) menyangkal dakwaan online bahawa anak lelakinya diberikan kontrak pemerintah untuk mengubah elok banglo yang disewanya.

Encik Shanmugam juga memberi amaran kepada mereka yang mengkritiknya untuk "tidak membabitkan keluarganya".

Encik Shanmugam sedang menjawab soalan yang dikemukakan Cik Nadia Samdin (PAP - Ang Mo Kio) ketika perbahasan mengenai penyewaan dua banglo hitam putih Ridout Road milik pemerintah, kepada dirinya sendiri dan Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan.

Sebelum banglo 26 Ridout Road disewakan kepada Encik Shanmugam, Penguasa Tanah Singapura (SLA) sudah menjalankan kerja-kerja ubah suai bernilai S$515,400 supaya banglo itu boleh didiami. Ia juga menelan belanja S$570,500 untuk memulihkan banglo 31 Ridout Road, yang disewa keluarga Encik Balakrsishnan.

Cik Nadia bertanya bagaimana SLA mencari dan memberikan kontrak bagi penyenggaraan banglo hitam putih serta kerja-kerja ubah suai bagi kedua-dua banglo yang disewa menteri tersebut.

Beliau juga bertanya secara khusus jika Encik Shanmugam boleh menjawab dakwaan bahawa kontrak bagi kerja-kerja di hartanah tersebut diberikan kepada Livspace, di mana anak lelakinya adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu. Encik Ravindran Shanmugam disenaraikan sebagai CEO Asia Tenggara Livspace di LinkedIn.

"Anak lelaki saya memberitahu saya bahawa syarikatnya tidak mempunyai sebarang kontrak dengan SLA mahupun melakukan sebarang kerja-kerja di hartanah Ridout untuk SLA. Anda mendengar kenyataan yang palsu dan berbaur fitnah ini. Adakah mereka benar-benar percaya bahawa CPIB tidak akan mengetahui tentang perkara ini sekiranya ia benar?" kata Encik Shanmugam di Parlimen pada Isnin.

Sebelum ini, Menteri Kedua Undang-Undang Edwin Tong sudah menjelaskan bahawa Livspace tidak dilantik sebagai kontraktor bagi SLA dan syarikat itu tidak mempunyai sebarang urus niaga dengan SLA.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan