Skip to main content

Singapura

Jangan adakan pilihan raya di tengah-tengah krisis COVID-19, tegas PSP

Ketua Parti Kemajuan Singapura (PSP) Tan Cheng Bock menyertai para pemimpin parti pembangkang lain dalam mendesak Pemerintah agar Pilihan Raya Umum selanjutnya tidak diadakan sehingga selepas berakhirnya penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan adakan pilihan raya di tengah-tengah krisis COVID-19, tegas PSP

Encik Tan Cheng Bock. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 15 Mar 2020 02:34PM Dikemas Kini : 15 Mar 2020 02:41PM

SINGAPURA: Ketua Parti Kemajuan Singapura (PSP) Tan Cheng Bock menyertai para pemimpin parti pembangkang lain dalam mendesak Pemerintah agar Pilihan Raya Umum selanjutnya tidak diadakan sehingga selepas berakhirnya penularan COVID-19.

"Kita sedang menghadapi krisis pandemik COVID-19 sekarang. Adakah ia bijak untuk mengadakan Pilihan Raya Umum di tengah-tengah pandemik COVID-19 ini?"kata beliau dalam kenyataan video di laman Facebook parti tersebut pada Sabtu (14 Mac).

"Kita akan mendedahkan lebih 2.6 juta pengundi kepada virus ini pada Hari Mengundi kerana mengundi adalah wajib dan semua orang mesti keluar mengundi."

Beliau menarik perhatian kegiatan-kegiatan seperti rapat pilihan raya semasa tempoh berkempen boleh menyebabkan pendedahan besar-besaran virus tersebut kepada penduduk.

"Mengadakan Pilihan Raya Umum pada masa ini tidak sepatutunya dipertimbangkan langsung," kata beliau.

Sebanyak 212 kes COVID-19 sudah disahkan di Singapura, dengan 105 pesakit pulih dan dibenarkan pulang dari hospital.

Pihak berkuasa pada Jumaat mengumumkan langkah-langkah tanggungjawab sosial tambahan seperti menangguhkan atau membatalkan acara-acara yang dihadiri lebih 250 orang.

Jawatankuasa Semakan Kawasan Undi (EBRC) mengeluarkan laporan pada Jumaat mengumumkan perubahan pada kawasan undi di Singapura.

Pengumuman itu dilihat sebagai isyarat pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi Berdasarkan pengalaman lalu, pilihan raya diadakan tidak lebih daripada tempoh tiga bulan selepas laporan dikeluarkan.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong tidak menolak kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum di tengah-tengah krisis COVID-19 crisis. Dalam satu catatan Facebook pada Sabtu beliau berkata Singapura ada dua pilihan bila pilihan raya akan diadakan.

Beberapa parti pembangkang termasuk Parti Demokratik Singapura dan Parti Rakyat Singapura juga telah melahirkan rasa kurang senang pilihan raya diadakan dalam keadaan sedemikian.

Dr Tan sebaliknya menawarkan tiga pilihan lain: Adakan pilihan raya apabila COVID-19 "bukan lagi satu krisis", adakannya pada akhir tempoh pemerintahan sekarang pada April 2021, atau menangguhkannya selepas itu.

"Sekiranya wabak itu masih bersama kami ketika itu, maka Presiden boleh menggunakan kuasa beliau dan membentuk pemerintahan sementara yang terdiri daripada beberapa Anggotai Parlimen yang ada sekarang," katanya. "Selepas itu, adakan pilihan raya baru apabila Singapura tidak lagi menghadapi krisis COVID-19."

Pemimpin Parti Pembaharuan (RP) Kenneth Jeyaretnam mengatakan bantahannya pada Sabtu, sambil mengumumkankawasan undi yang akan ditandingi parti tersebut.

"Ini adalah pilihan raya palsu yang sama sekali tidak perlu dan diadakan sebelum waktunya. Bukti jelas bahawa PM meletakkan dirinya terlebih dahulu, kemudian kepentingan keluarga beliau, partinya sebelum kepentingan negara," tulis Encik Jeyaretnam.

"Tetapi apa pun tarikh yang ditetapkan Parti Permbaharuan akan bertanding di West Coast seperti mana ia lakukan pada tahun 2011 dan 2015. Kami juga akan bertanding di Ang Mo Kio, Radin Mas dan SMC baru Yio Chu Kang yang diwujudkan dari AMK (Ang Mo Kio)."

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita