Jamuan malam libatkan menteri, ahli kumpulan Fujian patuhi langkah COVID-19: Sam Goi

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung (gambar kiri; kanan belakang), Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat (gambar kanan; kanan bawah) dan ahli perniagaan Sam Goi (gambar kanan, tengah) telah dirakamkan di majlis makan malam di mana kumpulan kongsi gelap Fujian, Su Haijin, hadir. (Gambar: Instagram/toxicstatenarrativeinsg)
Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada media pada Jumaat (9 Mei), Encik Goi berkata beliau sudah memeriksa rekod dan memberikan tarikh bagi setiap satu daripada tiga jamuan malam tersebut, yang menurut sebelum ini beliau katakan dianjurkan dan dibiayai oleh dirinya.
Ini selepas gambar-gambar acara itu dimuat naik online oleh bekas pengerusi Parti Reform dan peguam dalam buruan Charles Yeo.
Menurut Encik Goi jamuan malam bersama Encik Chee diadakan pada 19 November 2020, semasa Singapura melaksanakan had lima orang bagi perhimpunan sosial. Dalam gambar perhimpunan itu, terdapat lima orang.
Acara jamuan malam bersama Encik Ng pula diadakan pada 1 Mei 2021, apabila perhimpunan sosial dihadkan kepada lapan orang. Hanya Encik Ng dan Su dilihat dalam gambarnya.
Jamuan malam bersama Encik Ong diadakan pada 10 Mei 2022, kata Encik Goi. Terdapat 14 orang dalam gambar acara tersebut. Pada waktu itu Singapura tidak meletakkan had pada saiz kumpulan.
"Saiz kumpulan bagi setiap acara mematuhi sepenuhnya langkah-langkah pengurusan selamat COVID pada waktu itu," kata Encik Goi, pemilik dan pengerusi eksekutif Tee Yih Jia Food Manufacturing.
Encik Goi sebelum ini memberitahu Bloomberg bahawa jamuan malam bersama Encik Ng berlangsung "sekitar 2020", dengan Bloomberg melaporkan semua tiga acara jamuan malam berlangsung sebelum Singapura melaksanakan sebarang sekatan COVID-19 pada tahun itu.
Menteri Ong Ye Kung dan Chee Hong Tat sebelum ini mengumumkan menerusi setiausaha akhbar mereka bahawa mereka tidak mengenali Su, yang merupakan salah seorang daripada 10 individu yang disabit kesalahan dalam kes pengubahan wang haram berbilion dolar pada tahun lalu.
"Sebagai menteri, mereka bertemu pelbagai orang di pelbagai acara dan perhimpunan," kata setiausaha akhbar tersebut pada Selasa (6 Mei).
"Mereka menghadiri acara jamuan itu atas undangan seorang rakan, dan kebetulan Su berada di sana. Menteri Ong ingat bahawa beberapa bulan kemudian, di satu lagi jamuan malam, Su juga kebetulan berada di sana."
Mereka berkata kedua menteri tidak mengenali Su secara peribadi dan tidak pernah menghubungi atau berurusan dengannya, sebelum atau sejak acara tersebut.
Begitu juga, ketua buruh Ng Chee Meng berkata beliau bertemu dengan Su di acara jamuan malam "pada satu ketika dulu" dan tidak pernah berinteraksi lagi dengannya selepas mengetahui tentang siasatan polis.
"Sebagai setiausaha agung NTUC, ia sebahagian daripada tugas saya untuk mendampingi syarikat berbeza dan para pemimpin sektor privet. Pendampingan seperti ini membantu saya memahami dengan lebih baik keprihatinan dan cabaran dalam industri berbeza," kata Encik Ng dalam responsnya kepada pertanyaan media.
"Di acara pendampingan ini, akan ada orang yang mendekati saya untuk bergambar. Jamuan malam ini salah satu daripada acara pendampingan sedemikian. Ia berlaku satu masa dahulu."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.