Skip to main content

Singapura

Jamuan malam dengan PM Lee sebelum Obama sampaikan ceramah di sini

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengadakan pertemuan dengan mantan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Singapura semalam (19 Mac), iaitu yang pertama sejak 2016.

Anggaran Waktu Membaca:
Jamuan malam dengan PM Lee sebelum Obama sampaikan ceramah di sini

Mantan Presiden Barack Obama bertemu Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada 19 Mac. (Gambar: Terence Tan/MCI)

Diterbitkan : 20 Mar 2018 07:59AM Dikemas Kini : 20 Mar 2018 08:06AM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengadakan pertemuan dengan mantan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Singapura semalam (19 Mac), iaitu yang pertama sejak 2016.

Dalam satu catatan Facebook malam semalam (19 Mac), PM Lee berkata bahawa mereka “membincangkan pelbagai perkara” dalam lawatan singkat Encik Obama ke Singapura.

“Saya berbesar hati dapat bertemu dengan mantan Presiden AS Barack Obama dalam jamuan malam ini. Encik Obama melakukan persinggahan (di sini) untuk berjumpa dengan para pemimpin muda ASEAN dan menyampaikan ceramah,” kata PM Lee.

“Banyak perkara sudah berlaku sejak kali terakhir kami bertemu di APEC 2016 di Lima, tentu sekali banyak yang dibincangkan. Saya gembira beliau sibuk mengendalikan yayasannya dan pertubuhan amal lain. Aspek terbaik tentang kehidupan setelah melepaskan jawatan presiden – ialah lebih banyak masa dengan keluarga dan sahabat handai!”

Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 itu berada di Singapura untuk menyampaikan ceramah tertutup yang dianjurkan oleh Bank Singapura di Hotel Shangri-La. Ia merupakan lawatan pertamanya ke Singapura setelah melepaskan jawatan pada Januari lalu. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita