Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jamiyah terbitkan buku masak "Silver Stars Cookbook"

Masakan tradisional tempatan kini dilihat semakin pupus dan dilupakan oleh generasi muda.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Masakan tradisional tempatan kini dilihat semakin pupus dan dilupakan oleh generasi muda.

Mentelah lagi, semakin kurangnya orang yang boleh membuat makanan tradisi.

Maka itu, Jamiyah mengambil inisiatif dengan menerbitkan buku resipi dalam usahanya untuk memastikan resipi-resipi warisan dan petua-petua lama dikongsi bersama generasi akan datang.

Resipi Ayam Masak Bombay, Dalcha Kambing, Limpa Masak berempah dan Asam Rebus Ikan Patin.

Bagaimana pula dengan cara membuat nagasari pisang?

Resipi-resipi ini dimuatkan dalam buku setebal 50 muka surat bertajuk "Silver Stars Cookbook - Celebrating Our Talents in the Food Tradition" bagi meraikan bakat-bakat dalam tradisi makanan Singapura.

Seramai 20 penghuni dan relawan di Rumah Rawatan Jamiyah terlibat dalam menyumbangkan resipi-resipi bagi buku tersebut.

Projek pengumpulan resipi-resipi masakan tradisional ini juga dimanfaatkan sebagai satu terapi bagi penghuni rumah rawatan tersebut.

Menurut Pengerusi Jamiyah Singapura, Dr H.M. Saleem: "Ini satu cara kita dapat membuat minda mereka aktif dan cergas, dengan membuat mereka ingat kembali makanan-makanan kegemaran mereka."

Sempena pelancaran buku itu kelmarin (24 Sep), Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan Profesor Madya Faishal Ibrahim turut menyingsing lengan dalam menyiapkan hidangan dalam buku resipi tersebut.

"Makanan adalah aktiviti yang sangat digemari oleh warga kita. Lebih-lebih lagi kalau ia tidak dapat dikongsi bersama generasi akan datang, ia sangat rugilah pada warga kita," tegas Dr Faisal.

Koleksi masakan tradisional tempatan ini boleh diperolehi di ibu pejabat Jamiyah di Geylang pada harga $20 senaskhah. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa