Jamiyah SG meterai MoU dengan Universiti Badr Kaherah untuk tawarkan program pendidikan bahasa Arab
Anggaran Waktu Membaca:

Jamiyah SG meterai MoU dengan Universiti Badr Kaherah. (Gambar: Jamiyah Singapura)
SINGAPURA: Jamiyah Singapura telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Badr, Kaherah (BUC), sebuah institusi terkemuka di Kaherah yang diiktiraf dalam bidang pembelajaran bahasa Arab.
MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Presiden Kedua dan Ketua Pegawai Strategi Jamiyah Singapura, Encik Hafidz Abdul Malik, serta Pengasas dan Pengerusi Lembaga Amanah BUC, Dr Hassan El Kalla, di Pusat Islam Jamiyah pada Isnin (5 Mei).
Di bawah perjanjian itu, kedua-dua pihak akan membangunkan rangka kerja kerjasama untuk membawa program-program pendidikan bahasa Arab ke Singapura.
Ini termasuk kursus dan program pensijilan yang meliputi tahap sijil hingga ijazah sarjana muda.
Program-program ini akan ditawarkan sepenuhnya di Jamiyah Singapura, dengan sokongan dan arahan akademik daripada pihak BUC.

"MoU ini menandakan satu bab penting dalam misi berterusan kami untuk mendidik, memperkasa dan memajukan masyarakat kami. Ia selaras dengan fokus kami untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi yang mudah diakses, demi mempersiapkan para pelajar untuk pertumbuhan peribadi dan kejayaan profesional. Menerusi kerjasama ini, kami berhasrat untuk menjadikan Jamiyah Singapura sebagai hab utama pendidikan bahasa Arab di Singapura," kata Encik Hafidz.
KOHORT PERTAMA SERAMAI 20 PELAJAR
Seramai 20 pelajar dijangka akan memulakan pengajian mereka dalam kohort pertama bagi setiap program bahasa Arab pada suku pertama tahun 2026.
Sekiranya mendapat permintaan yang tinggi, jumlah pengambilan pelajar akan ditingkatkan pada masa akan datang.
Kohort pertama itu akan mengikuti kurikulum berstruktur yang dirangka oleh BUC, dengan pengajaran oleh profesor BUC yang berpangkalan di Singapura, serta tenaga pengajar tempatan yang telah dilatih mengikut piawaian institusi tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.