Jamiyah SG mahu sokong anak penerima bantuan secara menyeluruh, agihkan barangan sekolah bernilai $30,000
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dalam usaha untuk menyuntik semangat bagi penggal sekolah yang baharu, hampir 400 kanak-kanak daripada keluarga penerima bantuan Jamiyah Singapura berusia 4 hingga 16 tahun disokong dalam inisiatif 'Meraikan Tahun Akademik Baharu 2025'.
Acara itu berlangsung selama dua hujung minggu bermula 11 hingga 18 Januari dan menurut pihak penganjur, ia menerima sambutan sangat menggalakkan.
Para penerima bantuan yang hadir pada acara di tiga lokasi Jampacked Jamiyah (Jampacked@West Coast, Jampacked@Radin Mas, Jampacked@Bukit Batok) dua hujung minggu itu, berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti untuk mengeratkan talian kekeluargaan seperti sesi-sesi ceramah motivasi, pendidikan dan seni.
Ini selain mendapat barang-barang keperluan sekolah bagi menyuntik semangat untuk mendorong mereka capai kecemerlangan dalam bidang akademik.

400 BEG HABUAN BERNILAI S$30,000 DIAGIHKAN
Secara keseluruhan, 400 beg habuan bernilai lebih S$30,000 diagihkan.
Antara kandungannya termasuk baucar kedai buku Popular dan Decathlon.
Kanak-kanak berumur 4 hingga 9 tahun menerima pek habuan bernilai S$50 hingga S$60 manakala kanak-kanak berusia 10 hingga 16 tahun menerima pek habuan bernilai S$87 setiap seorang.
Kesemua pek habuan itu mengandungi buku-buku latihan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) yang dipilih secara khusus untuk melengkapi program Latihan Akdemik Jamiyah Singapura.
Bagi penerima bantuan, Cik Sarinah Ali, aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa acara dapat menyuntik semangat kepada empat orang anaknya berusia 12, 10, 8 dan 4 tahun.
"Acara ini membantu anak-anak saya, memberi motivasi dan semangat kepada mereka dalam pelajaran seperti ceramah kesihatan mental dan mendapatkan tip-tip pelajaran," kata Cik Sarinah.

Ibu kepada tiga orang anak, Mariammah Tukiran pula berpendapat bahawa bantuan yang diberikan itu dapat sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan dan membantu anak-anaknya dalam pelajaran mereka.
JAMIYAH TEKANKAN KOMITMEN UNTUK PUPUK PERJALAN PENDIDIKAN PARA PENERIMA BANTUAN
Dengan tema 'Siap Sedia Masa Depan: Tingkatkan Kejayaan', inisiatif itu menekankan komitmen Jamiyah untuk memupuk perjalanan pendidikan kanak-kanak penerima bantuan.
"Program ini bukan hanya untuk memberi bantuan tetapi bertujuan untuk membina keyakinan diri dan motivasi anak-anak kita untuk berjaya dalam pelajaran.
"Tahun ini Jamiyah Singapura bersama pertubuhan akar umbi Radin Mas, Bukit Batok dan West Coast, memperkenalkan pendekatan yang lebih menyeluruh. Selain bantuan dari segi buku ataupun peralatan sekolah, kami juga memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran belajar yang berkesan," kata Penganalisis, Strategi Perancangan Korporat, Jamiyah Singapura, Roza Ahmad.
Bagi memperkasa usaha itu, Jamiyah Singapura juga bakal melancarkan dua program baharu iaitu 'Pintar Bahasa' dan 'Digital Film Making' pada suku kedua 2025.

INGIN WUJUDKAN RANGKAIAN SOKONGAN YANG KUKUH
Program-program itu juga boleh mewujudkan rangkaian sokongan yang kukuh Jamiyah SG buat para penerima bantuan dan membuatkan ibu bapa lebih terlibat dalam pendidikan anak-anak mereka.
"Kita mahu membina sokongan yang berterusan di mana ibu bapa, guru dan masyarakat bekerjasama untuk memastikan kejayaan anak-anak kita," kongsi Cik Roza.
Anggota Parlimen GRC West Coast, Desmond Lee yang juga Menteri Pembangunan Negara hadir untuk menyokong usaha itu.
Beliau mengalu-alukan kerjasama kuat Jamiyah Singapura dengan persatuan-persatuan akar umbi dan agensi pemerintah.
Ini bagi memastikan sokongan yang diberikan kepada para penerima lebih lengkap dan menyeluruh.

"Jamiyah seperti banyak agensi perkhidmatan sosial lain, sangat aktif dalam mendekati masyarakat dan keluarga yang kurang bernasib baik serta mereka yang memerlukan lebih banyak sokongan.
"Kita boleh tampilkan kekuatan kita sendiri buat masyarakat tetapi jika kita bekerjasama dalam inisiatif seperti ComLink, 'Age Well' dan program lain, kita dapat memperkasakan lagi kekuatan kita," kata Encik Desmond Lee.
Sebelum ini, Jamiyah juga membuka perpustakaan 'mini' di pusat khidmatnya di West Coast bagi menggalak minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.