Skip to main content

Singapura

Jamiyah SG lancar unit baharu, perkasa seni dan budaya Melayu

Jamiyah Singapura pada Rabu (2 Jul) mengumumkan pelancaran Unit Seni dan Budaya Melayu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jamiyah SG lancar unit baharu, perkasa seni dan budaya Melayu

Seniman Husin Saaban (dua dari kiri) dan Dr Syed Harun Alhabsyi (dua dari kanan). (Gambar: Jamiyah Singapura)

Diterbitkan : 03 Jul 2025 10:57PM Dikemas Kini : 04 Jul 2025 08:51AM
SINGAPURA: Jamiyah Singapura pada Rabu (2 Jul) mengumumkan pelancaran Unit Seni dan Budaya Melayu. Unit tersebut berperanan dalam memelihara, menghidupkan dan memartabatkan seni, budaya serta Bahasa Melayu.

Pengumuman tersebut dibuat semasa Majlis Penghargaan Untuk Seniman Husin Saaban, penerima Anugerah Perdana Emas 2025 Suria Mediacorp. Dr Syed Harun Alhabsyi turut dialu-alukan sebagai anggota parlimen baharu di majlis yang sama.

“Unit ini (Seni dan Budaya Melayu) diwujudkan dengan matlamat menjadi wadah dan pemudah cara untuk menghimpunkan pelbagai kelompok dan individu dalam seni dan budaya Melayu yang merangkumi pelbagai bentuk dan latar,” menurut Jamiyah dalam satu kenyataan media.

Menerusi unit tersebut, pertubuhan itu berharap untuk memperkasakan generasi muda agar seni dan budaya Melayu terus diamalkan serta dihayati dalam kehidupan seharian.

“Kami percaya seni dan budaya bukan hanya warisan – ia adalah denyut nadi masyarakat, cerminan nilai dan jati diri kita,’ kata Jamiyah dalam kenyataannya.

Unit Seni dan Budaya Melayu akan berperanan penting dalam mewujudkan ruang dan platform bagi idea serta kerjasama yang berpotensi digerakkan dengan sokongan, jaringan, dan kekuatan Jamiyah di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Pada masa yang sama, Jamiyah turut menggesa semua pihak, baik individu, kumpulan atau institusi, untuk berganding bahu dalam membina masa depan seni dan budaya Melayu yang inklusif, progresif dan berdaya saing.
Sumber : BERITA Mediacorp/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita