Jamiyah raikan sumbangan dan pencapaian tokoh seni tari Osman Abdul Hamid
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Jamiyah Singapura
SINGAPURA : Sepanjang empat dekad, Osman Abdul Hamid banyak membuat sumbangan luar biasa kepada evolusi landskap seni Singapura sehingga dinobatkan dengan anugerah tertinggi dalam bidang seni negara ini, Pingat Budaya 2023.
Antara lain, sumbangan tokoh seni tarian Melayu Singapura itu termasuk memperkaya budaya dan pemahaman silang-budaya dalam masyarakat majmuk Singapura.
Beliau menarik perhatian peminat seni dengan keunikan persembahannya yang menggabungkan tradisi dengan inovasi.
Misalnya dengan menggabungkan kelincahan pergerakan dalam sukan ke dalam bidang tari.
Juga, menarik inspirasi daripada pengalaman membesar di kampung, Encik Osman menggabungkan aksi-aksi berenang di sungai, memanjat pohon untuk memetik buah-buahan dan sebagainya ke dalam rekaan tarinya yang dipersembahkan kepada khalayak ramai.
DARI SEORANG AHLI SUKAN KEPADA SEORANG TOKOH TARI
Menariknya, sebelum mencipta nama dalam dunia tarian, Encik Osman merupakan seorang ahli sukan yang cemerlang dalam pelbagai disiplin seperti hoki, bola keranjang dan bola sepak untuk pasukan Tampines Rovers.
Pilihan untuk menyertai kelas-kelas tarian membawa kepada dunia baru bagi Encik Osman, yang kemudiannya terdedah kepada pelbagai jenis tarian seperti Zapin, tarian klasik India - Bharatanatyam dan tarian rakyat Cina.
Penglibatannya dalam Kumpulan Kebudayaan Persatuan Rakyat dan Syarikat Tarian Kebangsaan membuka peluang untuk Encik Osman mewakili Singapura dalam persembahan di seluruh Asia.

Keputusannya untuk mengejar kerjaya dalam seni tari membawa kepada penubuhan Teater Tari Era, bersama seorang lagi penari.
Komitmen Encik Osman untuk mengekalkan keaslian tarian Melayu sambil meneroka ungkapan yang segar menjadikannya unik dan berbeza daripada yang lain.
Pengaruhnya tidak terhad kepada masyarakat tempatan malah diiktiraf di peringkat global dengan pelbagai penghargaan dan pujian yang diterimanya.
Sebelum menerima anugerah Pingat Budaya 2023, Encik Osman juga mendapat Anugerah Belia Singapura dan Anugerah Seniman Muda pada tahun 1983.
Berbekalkan segala pencapaian ini, Jamiyah Singapura menganjurkan sebuah majlis bagi meraikan pencapaian cemerlang Encik Osman dalam bidang kreatif.
Ini juga sebagai meneruskan tradisi Jamiyah dalam menggalak kecemerlangan dalam bidang seni, budaya dan sastera.
Dedikasi Jamiyah dalam mencipta wadah untuk menonjolkan sumbangan cemerlang ini turut dipuji tetamu terhormat, Menteri Negara, Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
"Ini menunjukkan bahawa tidak kira apa pencapaian di dalam masyarakat kita, badan-badan Melayu/Islam kita rasa bangga dan mahu memainkan peranan untuk memberi pengiktirafan dan juga meluaskan pandangan, perspektif dan juga bagaimana kita boleh memberikan ruang bagi seluruh masyarakat, untuk merasakan bahawa usaha kita bersama untuk membangunkan satu bidang itu seperti dalam bidang budaya, kita telah mencapai kecemerlangan," kata Dr Faishal.
Kali terakhir acara serupa dianjurkan Jamiyah adalah untuk meraikan seniman batik, Allahyarham Sarkasi Said pada Februari 2021.
Dua lagi penerima Anugerah Pingat Budaya, Rahimah Rahim dan Som Said, turut sama meraikan majlis malam semalam.

Meluahkan rasa rendah hatinya, Encik Osman berkata, "Tidak terhingga ucapan terima kasih kepada Jamiyah kerana dengan adanya majlis seperti ini, ia akan menyemarakkan lagi seniman-seniman Singapura jika mereka diberi peluang dan mahu untuk lebih berkhidmat untuk masyarakat dan juga untuk memelihara, melestarikan seni dan budaya Melayu kita di sini."
Dalam majlis itu, koleksi peribadi Encik Osman, 61 tahun, turut dipamerkan. Ia menceritakan "perjalanan tari" yang menjadi sumber ilham buat beliau, perkembangan kerjaya serta usaha silang tradisi dan inovasi dalam usaha seni budayawan Osman Abdul Hamid.
KERJA KEMASYARAKATAN ENCIK OSMAN DISANJUNG
Sumbangan Encik Osman dalam kerja-kerja kemasyarakatan turut dikenang Jamiyah.
Setiausaha Agung, Jamiyah Singapura, Muhammad Khair Baharin menjelaskan, "Beliau pernah mendedikasikan masa sebagai sukarelawan di Rumah Kanak-Kanak Jamiyah, Pusat-Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jamiyah dan Rumah Orang Tua Jamiyah. Penglibatan beliau menjadi sumber motivasi dan inspirasi bagi menggalak mereka mencapai impian mereka.
"Ketika ini, Encik Osman mereka tarian bagi persembahan kontinjen Jamiyah Singapura dalam acara Chingay tahun ini."
Sekitar 120 tetamu hadir, termasuk pemimpin masyarakat, penggiat seni dan budaya, anggota keluarga serta rakan-rakan Encik Osman.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.