Skip to main content

Singapura

Jamiyah rai pelantikan dan kenaikan pangkat Dr Faishal Ibrahim

Anggaran Waktu Membaca:
Jamiyah rai pelantikan dan kenaikan pangkat Dr Faishal Ibrahim

Dr Muhammad Faishal Ibrahim dirai dalam Majlis Ucap Tahniah anjuran Jamiyah Singapura (Gambar: Facebook/Jamiyah Singapore)

SINGAPURA: Lebih 130 tetamu menghadiri Majlis Ucap Tahniah anjuran Jamiyah Singapura pada Khamis (12 Jun), bagi meraikan pelantikan Dr Muhammad Faishal Ibrahim sebagai Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, serta kenaikan pangkat beliau sebagai Menteri Kanan Negara bagi Ehwal Dalam Negeri.

Majlis yang berlangsung di Pusat Islam Jamiyah itu menghimpunkan pemimpin masyarakat, wakil pelbagai pertubuhan Melayu/Islam dan India/Islam, serta rakan-rakan daripada pelbagai latar agama.

Presiden Jamiyah Singapura, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, menyatakan penghargaan terhadap hubungan erat yang terjalin antara Dr Faishal dan pertubuhan tersebut selama
Related article image
Dr Muhammad Faishal Ibrahim bersama Presiden Jamiyah Singapura, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar (Gambar: Facebook/Jamiyah Singapore)
“Dr Faishal bukan sekadar seorang menteri kepada kami. Beliau adalah rakan sejati yang memahami bahawa perubahan bermakna hanya dapat dicapai apabila kerajaan dan pertubuhan masyarakat bekerjasama erat,” kata Dr Hasbi kepada BERITA Mediacorp.

Dalam satu catatan Facebook yang dimuat naik pada Jumaat (13 Jun), Dr Faishal meluahkan rasa syukur atas sokongan yang diterima daripada pelbagai pihak.

"Saya bersyukur atas kehadiran dan sokongan para pemimpin masyarakat kita di majlis penghargaan anjuran Jamiyah malam tadi. Terima kasih Prof Madya Dr Hasbi Abu Bakar dan pasukannya kerana menganjurkan majlis yang begitu bermakna ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pertubuhan Melayu/Islam dan badan-badan silang agama yang meluangkan masa untuk hadir.

"Sangat teruja melihat semangat perpaduan dan komitmen tulus para pemimpin masyarakat kita untuk terus membangunkan Masyarakat Gemilang secara bersama. Inilah kekuatan kita.,” kata beliau.

Beliau turut mengajak semua untuk meneruskan semangat gotong-royong dan memperkukuh kerjasama demi kebaikan bersama.

"Dengan memperkukuh kerjasama, kita dapat mencapai lebih banyak kejayaan khususnya untuk membantu mereka yang paling memerlukan sokongan kita. Mari kita terus melangkah bersama, bersatu hati demi kebaikan masyarakat kita dan generasi akan datang," tambah beliau.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita