Jamiyah lancar kempen sumbangan barangan makanan; sasar S$300,000 buat 1,000 keluarga
Anggaran Waktu Membaca:
- Jamiyah Singapore pada Ahad (23 Nov) melancarkan kempen 'Mega Food Drive 2025' untuk menyediakan keperluan makanan bernilai S$300,000 bagi lebih 1,000 keluarga yang dibantunya setiap bulan.
- Seramai 21 penunggang motosikal - sebahagiannya ditemani pasangan masing-masing - hadir sambil membawa barangan makanan untuk disumbangkan.
- Jamiyah Singapore menjelaskan bahawa pihaknya selama ini secara konsisten dapat menyediakan bantuan makanan kepada lebih 1,000 keluarga pada setiap bulan.
- Penerima bantuan Jamiyah terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah, warga emas, individu kurang upaya, individu lanjut usia yang mengalami masalah kesihatan serta mereka yang menganggur.
SINGAPURA: Jamiyah Singapore pada Ahad (23 Nov) melancarkan kempen 'Mega Food Drive 2025' untuk menyediakan keperluan makanan bernilai S$300,000 bagi lebih 1,000 keluarga yang dibantunya setiap bulan.
Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan melalui derma online atau dengan menghantar barangan makanan ke lapan lokasi yang ditetapkan Jamiyah sehingga 31 Disember ini.
Antara keperluan makanan yang diperlukan termasuk minyak masak, mi segera, biskut, makanan dalam tin dan minuman.
Semua barangan mesti disahkan halal dan mempunyai jangka hayat sekurang-kurangnya enam bulan.

Kali terakhir Jamiyah menganjurkan kempen 'Mega Food Drive' ialah pada 2021. Sejak itu, pertubuhan berkenaan hanya menjalankan kempen berskala lebih kecil di acara-acara kemasyarakatan.
"(Keputusan) untuk menganjurkan semula kempen besar-besaran ini mencerminkan keperluan mendesak bagi bantuan makanan, serta keupayaan Jamiyah untuk berkhidmat melalui rangkaian bank makanan dan pusat Jampacked yang kini lebih luas," menurut Jamiyah Singapore dalam kenyataan medianya.
KUMPULAN 'BIKERS' ANTARA YANG PERTAMA SOKONG KEMPEN
Suasana di Bank Makanan Jamiyah di 9 Tannery Lane pada Ahad (23 Nov) cukup meriah semasa kempen dilancarkan, dengan kehadiran kumpulan penunggang motosikal BMW Riding Kakis (BRK) menambah seri acara tersebut.
Seramai 21 penunggang motosikal - sebahagiannya ditemani pasangan masing-masing - hadir sambil membawa barangan makanan untuk disumbangkan.

Kumpulan BRK sudah bekerjasama dengan Jamiyah sejak 2022 dan aktif menyertai pelbagai acara amal anjuran pertubuhan itu.
Pengasas BRK, Encik Muhamed Tajudin, menegaskan bahawa anggota kumpulannya komited untuk berbakti kepada masyarakat melalui pelbagai kempen di seluruh Singapura.
Beliau turut menggesa kumpulan penunggang motosikal lain agar menyertai usaha serupa.
Naib Presiden Jamiyah Singapore, Encik Siraj Salaman, meluahkan rasa terujanya melihat sokongan padu yang diterima pada hari pertama kempen itu.

Beliau turut menarik perhatian kepada beberapa pertubuhan lain yang tampil memberi sokongan kepada inisiatif berkenaan.
"Kami amat tersentuh dengan sambutan yang diterima - daripada penderma individu hinggalah pelbagai kumpulan seperti BMW Bikers’ Kakis, Markas Operasi Khas (SOC) Pasukan Polis Singapura (SPF), Singapore Buddhist Lodge, Expedia Singapore Pte Ltd, mahupun banyak sekolah dan rakan korporat jangka panjang kami seperti Sheng Siong, FairPrice Group dan Nestlé," katanya.
PERMINTAAN BANTUAN MAKANAN KEKAL TINGGI
Dalam pada itu, sebagai menjawab pertanyaan BERITA Mediacorp, Jamiyah Singapore menjelaskan bahawa pihaknya selama ini secara konsisten dapat menyediakan bantuan makanan kepada lebih 1,000 keluarga pada setiap bulan.
Sekalipun demikian, permintaan bagi bantuan sedemikian kekal tinggi.

"Satu lagi cabaran adalah untuk menyediakan kepelbagaian, selain jenama-jenama (makanan) yang digemari," jelas Jamiyah Singapore.
"Maka itulah 'Mega Food Drive' sangat penting. Ia memastikan kami boleh terus menyediakan bantuan makanan sepanjang tahun akan datang," tambahnya.
Penerima bantuan Jamiyah terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah, warga emas, individu kurang upaya, individu lanjut usia yang mengalami masalah kesihatan serta mereka yang menganggur.
Mereka yang berminat boleh menghantar barangan makanan bagi kempen 'Mega Food Drive 2025' ke lapan lokasi berikut:
1. Ibu Pejabat Jamiyah (Jamiyah Islamic Centre), 31 Lorong 12 Geylang
2. Bank Makanan Jamiyah (Jamiyah FoodBank), 9 Tannery Lane
3. Rumah Peralihan Jamiyah (Darul Islah), 352 Pasir Panjang Road
4. Rumah Tumpangan Warga Emas Jamiyah (Darul Takrim), 1 Tampines Ave 3
5. Rumah Jagaan Jamiyah (Darul Syifaa), 130 West Coast Drive
6. Jampacked@Bukit Batok, Blk 188 Bukit Batok West Avenue 6, #01-07
7. Jampacked@West Coast, Blk 730 Clementi West Street 2, #01-326
8. Jampacked@Radin Mas, Blk 106 Jalan Bukit Merah, #01-1844

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.