Skip to main content

Singapura

Jambatan tali dipasang untuk bantu haiwan 'seberang jalan' di Mandai

Beberapa langkah khas dilaksanakan supaya haiwan-haiwan dapat melintas jalan raya dengan selamat di kawasan Mandai.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Dec 2018 10:36PM Dikemas Kini : 21 Dec 2018 10:45PM

SINGAPURA: Beberapa langkah khas dilaksanakan supaya haiwan-haiwan dapat melintas jalan raya dengan selamat di kawasan Mandai.

Ia dilakukan sedang kerja-kerja membina Taman Burung yang baru diteruskan di kawasan itu.

Sebahagian daripada langkah-langkah tersebut merupakan pertama kali dilakukan di rantau ini.

Colugo, sejenis lemur terbang yang lazimnya boleh meluncur sejauh 10 meter, kini diberi bantuan untuk melintasi Mandai Lake Road.

Jalan tersebut merentasi tapak binaan seluas 126 hektar bagi daya tarikan baru di Mandai.

Sejak April lalu, 14 tiang dipasang bagi membantu Colugo bergerak dari satu tempat ke lain di kawasan itu.

Tiang-tiang itu juga dihias seperti batang-batang pokok bagi menggalakkan haiwan tersebut menggunakannya. Pada waktu malam, "tirai-tirai lampu" akan dihidupkan bagi membantu haiwan nokturnal mencari tiang-tiang ini.

Sementara itu, terdapat juga jambatan tali yang merupakan satu-satunya yang melintasi jalan di Singapura. Sepanjang 50 meter dan lebar 30 sentimeter, jambatan ini disokong tiang-tiang bersambungan untuk haiwan yang tinggal di atas pokok melintasinya untuk ke tempat yang lain.

Papan-papan tanda juga akan dipasang di kawasan itu bagi mengingatkan para pemandu bahawa haiwan liar mungkin melintasi jalan.

Sumber : CNA/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita