Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jambatan roboh di Batam: Masagos prihatin, jamin bantuan kepada kakitangan terjejas

MENDAKI akan menghulurkan segala bantuan demi memastikan kebajikan kakitangannya, yang cedera dalam insiden jambatan roboh di Batam pada Khamis (7 Nov), terpelihara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Jambatan roboh di Batam: Masagos prihatin, jamin bantuan kepada kakitangan terjejas

Seorang warga yang cedera dalam nahas jambatan kayu runtuh di tempat peranginan Montigo Bay pada 7 Nov 2019 ditolak atas kerusi roada di terminal feri Batam.

Diterbitkan : 08 Nov 2019 03:55PM Dikemas Kini : 08 Nov 2019 04:02PM

BERITAmediacorp: MENDAKI akan menghulurkan segala bantuan demi memastikan kebajikan kakitangannya, yang cedera dalam insiden jambatan roboh di Batam pada Khamis (7 Nov), terpelihara. Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli memberi jaminan tersebut dalam satu catatan di laman Facebooknya hari ini (8 Nov).

Encik Masagos, yang kini berada di Arab Saudi atas lawatan Presiden ke sana, melahirkan rasa "amat terkesan" sejurus menerima khabar tentang kakitangan MENDAKI yang terlibat dalam kejadian tersebut.

"Saya kini berada di Arab Saudi, dan amat terkesan bila mendapat berita bahawa 26 kakitangan MENDAKI tercedera dalam kemalangan di Batam semalam.

"MENDAKI akan memberi segala bantuan dalam memastikan kebajikan kakitangan yang cedera terpelihara. Semoga mereka cepat sembuh, Insya-Allah," tulis Encik Masagos, mendoakan kesejahteraan mangsa.

Seramai 26 kakitangan MENDAKI cedera akibat jambatan kayu yang roboh di pusat peranginan Montigo Bay di Batam semalam.

MENDAKI, dalam satu kenyataan media hari ini (8 Nov), menyatakan mereka dalam kalangan 100 kakitangan yang sedang menghadiri retreat bagi membincangkan pelan kerja untuk tahun akan datang.

Menurut Encik Masagos, sesi retreat tersebut bertujuan untuk memperkasa program dan kakitangan MENDAKI bagi tahap sumbangan seterusnya.

"Tahun ini, MENDAKI telah banyak meluaskan jangkauan programnya menerusi kerjasama dengan M³ dan wadah lain. Semoga insiden ini tidak menghambat semangat MENDAKI untuk terus berbakti dengan cemerlang kepada masyarakat," ujar Encik Masagos lanjut.

Sementara itu, menjawab pertanyaan media, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MENDAKI Cik Rahayu Buang berkata: "Ini adalah satu insiden malang. Kebajikan pekerja menjadi keutamaan kami dan semua kakitangan sudahpun pulang ke Singapura."

Cik Rahayu turut menambah beliau akan menemani empat kakitangan ke hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan lanjut di Singapura. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan