Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jambatan roboh di Batam: 4 pegawai MENDAKI yang cedera dibawa ke CGH

Kesemua 26 kakitangan Yayasan MENDAKI yang cedera dalam kejadian jambatan runtuh di Batam semalam sudah selamat pulang ke Singapura tengah hari tadi (8 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Jambatan roboh di Batam: 4 pegawai MENDAKI yang cedera dibawa ke CGH

Seorang pegawai Mendaki diusung memasuki ambulans setelah tiba di Terminal Feri Tanah Merah pada 8 Nov 2019 (Gambar: Taufiq Zalizan)

SINGAPURA: Kesemua 26 kakitangan Yayasan MENDAKI yang cedera dalam kejadian jambatan runtuh di Batam semalam sudah selamat pulang ke Singapura tengah hari tadi (8 Nov).

MENDAKI mengesahkan dalam satu kenyataan hari ini, 24 daripada cedera ringan manakala dua lagi dalam keadaan stabil dan akan dibawa ke hospital

Dalam satu kenyatan susulan, MENDAKI memaklumkan bahawa dua lagi pegawai daripada kalangan 24 yang cedera ringan minta untuk diperiksa lanjut di hospital, menjadikan kesemuanya empat orang yang dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Mereka merupakan antara 100 anggota yang menghadiri retreat di pusat peranginan Montigo Bay di Batam sejak smealam dan dijadual pulang petang ini.

BERITA melaporkan tentang kemalangan itu malam semalam, merujuk kepada laporan daripada Sindonews.com.

Setibanya BERITA di terminal Feri Tanah Merah, pagi tadi, beberapa anggota keluarga sudah menunggu di luar balai ketibaan, difahamkan sejak 10.00 pagi lagi.

Empat buah ambulans tiba sekitar 12.00 tengah hari.

Mangsa pertama diusung masuk ke dalam ambulans sekitar setengah jam kemudian.

(Gambar: Taufiq Hussein Zalizan/BERITAmediacorp)
(Gambar: Taufiq Hussein Zalizan/BERITAmediacorp)
Cik Rahayu Buang di Terminal Feri Tanah Merah (Gambar: Taufiq Zalizan/BERITAmediacorp)

Cik Rahayu Buang di Terminal Feri Tanah Merah pada 8 Nov 2019 (Gambar-gambar: Taufiq Hussein Zalizan/BERITAmediacorp)

Keempat-empat orang yang cedera dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH) dengan diiringi CEO MENDAKI Cik Rahayu Buang.

Kakitangan terakhir meninggalkan terminal feri pada sekitar 12.45 tengah hari disambut dengan dakapan kesyukuran anggota keluarga.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan