Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jambatan pejalan kaki baru sepanjang 200m dibuka di Kebun Bunga Singapura

Anggaran Waktu Membaca:
Jambatan pejalan kaki baru sepanjang 200m dibuka di Kebun Bunga Singapura

Gambar: NParks

Diterbitkan : 18 Nov 2022 03:58PM Dikemas Kini : 18 Nov 2022 03:59PM
SINGAPURA: Para pengunjung ke Kebun Bunga Singapura kini boleh menikmati laluan masuk yang lebih mudah antara dua bahagian taman yang dipisahkan oleh Tyersall Avenue, melalui sebuah jambatan pejalan kaki yang baru sepanjang 200 meter (m).

Jambatan HPL Canopy Link dibuka pada Khamis (17 Nov), sekali gus menandakan Tyersall-Gallop Core sudah siap.

Demikian menurut Lembaga Taman Negara (NParks) dalam kenyataan medianya.

Jambatan pejalan kaki itu menghubungkan dua bahagian taman tersebut yang membolehkan para pengunjung untuk mengakses Tyersall Avenue yang memisahkan Gallop Extension daripada bahagian-bahagian lain.

Dengan laluan bebas halangan seluas 2.4 meter, jambatan pejalan kaki itu akan menjadikannya lebih mudah untuk para pengunjung, termasuk keluarga dengan anak-anak kecil dan para pengunjung yang berkerusi roda.

Laluan HPL Canopy juga berfungsi sebagai penampan bagi Tapak Warisan Dunia UNESCO itu daripada pembangunan bandar, menurut NParks.

Kebun Bunga Singapura diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2015.

"Dengan jambatan itu, Kebun Bunga Singapura kini disambungkan sepenuhnya dan boleh diakses oleh semua pengunjung termasuk keluarga dengan anak-anak kecil serta golongan kurang upaya," menurut NParks.

"Ini akan membawa kehijauan lebih dekat dengan pengunjung dan ia turut menyumbang kepada visi taman tersebut untuk menghubungkan orang ramai dengan tumbuh-tumbuhan dan menggalak penghargaan yang lebih tinggi terhadap warisan semula jadi Singapura."

Bermula daripada Learning Forest, HPL Canopy Link boleh naik sehingga mencecah ketinggian 7 meter dan ia menawarkan pemandangan yang menarik kepada para pengunjung, di mana lebih 30 spesies buluh dan bambu tropika akan dipaparkan.

Jambatan itu kemudian menuju ke sebuah kanopi habitat hutan daun luruh dicipta semula yang biasa ditemui di benua Asia Tenggara.

Para pengunjung kemudian akan merentas ke Tyersall Avenue dan masuk ke kawasan hutan Rambler's Ridge Yayasan Mingxin daripada Gallop Extension yang merupakan kawasan tertinggi di taman itu.

Tyersall-Gallop Core seluas 18 hektar adalah tarikan terbaru di Kebun Bunga Singapura yang terdiri daripada dua bahagian - Learning Forest dan Gallop Extension.

Dengan tarikan terbaru itu, keluasan taman tersebut kini sebesar 82 hektar, iaitu yang terbesar dalam sejarah Kebun Bunga Singapura yang berusia 163 tahun.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan