Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jambatan di Baltimore runtuh: MPA akan siasat sama ada kapal kontena Dali langgar undang-undang SG

Kapal Dali yang berdaftar di Singapura telah melanggar sebatang jambatan di bandar Baltimore, wilayah Maryland, Amerika Syarikat pada Selasa hingga menyebabkannya roboh.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Jambatan di Baltimore runtuh: MPA akan siasat sama ada kapal kontena Dali langgar undang-undang SG

(Gambar; National Transportation Safety Board/YouTube/AFP)

Diterbitkan : 28 Mar 2024 07:16AM Dikemas Kini : 28 Mar 2024 09:33AM

SINGAPURA: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menjalankan satu lagi siasatan ke atas kejadian yang menyebabkan jambatan Baltimore runtuh, sebagai tambahan kepada siasatan oleh Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).

Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB), di bawah MOT, akan melakukan siasatan  bebas keselamatan di laut di bawah Kod Siasatan Kecemasan Pertubuhan Maritim Antarabangsa, kata MPA pada Rabu (27 Mac). 

Sebagai sebahagian daripada kewajipan negara benderanya, MPA juga akan menyiasat jika mana-mana undang-undang Singapura telah dilanggar di bawah Akta Perkapalan Saudagar 1995.

Tidak seperti siasatan MPA, yang bertujuan untuk menentukan sama ada kapal kontena berdaftar Singapura itu, Dali dan syarikat pengurusannya melanggar mana-mana keperluan berkanun yang berkaitan, objektif TSIB adalah mengenal pasti pengajaran bagi mencegah berlaku  kejadian-kejadian yang tidak diingini pada masa depan.

Siasatan keselamatan marin TSIB bukan bertujuan untuk  menyalahkan sesuatu pihak berhubung kejadian di Baltimore, kata MPA.

MPA kini membantu Pengawal Pantai Amerika Syarikat dalam menyiasat bagaimana dan mengapa Dali melanggar Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland, menyebabkan jambatan itu runtuh.

Dalam pada itu, ia juga akan meminta pertubuhan klasifikasi kapal Dali agar menyiapkan penilaiannya bagi membantu operasi Pasukan Pengawal Pantai Amerika.

“MPA, sebagai pentadbiran bendera Singapura, mengambil tanggungjawabnya untuk memastikan keselamatan kapal yang didaftarkan di bawah benderanya dengan sangat serius,” kata pihak berkuasa itu, sambil menambah bahawa ia bekerjasama dengan lapan pertubuhan pengelasan antarabangsa untuk meninjau, memeriksa dan memastikan kapal bendera Singapura mematuhi semua keperluan undang-undang yang berkenaan.

Selain menjalankan pemeriksaan negeri bendera dan negeri pelabuhan, MPA juga akan terus memastikan keselamatan pelayaran pelabuhan Singapura.

Ia berkata ini akan dilakukan dengan mereka bentuk saluran dan laluan air mengikut garis panduan antarabangsa dan memastikan karyawan maritim mengekalkan kecekapan.

Dalam pemeriksaan negeri pelabuhan, sesebuah negara boleh memeriksa kapal berdaftar asing di pelabuhan selain daripada negara bendera dan mengambil tindakan terhadap kapal yang tidak patuh.

MPA pada Rabu berkata Dali lulus dua pemeriksaan pelabuhan asing tahun lepas pada bulan Jun dan September.

Menurut Synergy Marine, kesemua 22 anak kapal Dali selamat.

MPA berkata ia akan terus bekerjasama dengan Synergy Marine untuk memastikan kebajikan anak kapal terjaga dan syarikat itu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.

Sumber : CNA/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan