Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jambatan di Baltimore runtuh: Kapal berdaftar di SG lulus 2 pemeriksaan pelabuhan asing, dedah MPA

Anggaran Waktu Membaca:
 Jambatan di Baltimore runtuh: Kapal berdaftar di SG lulus 2 pemeriksaan pelabuhan asing, dedah MPA

(Gambar; National Transportation Safety Board/YouTube/AFP)

Diterbitkan : 27 Mar 2024 12:22PM Dikemas Kini : 28 Mar 2024 09:33AM
SINGAPURA: Kapal kontena berpangkalan di Singapura yang melanggar jambatan di Baltimore pada Selasa (26 Mac) lulus dua pemeriksaan pelabuhan asing tahun lalu, umum Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).

Ia dilaksanakan pada Jun dan September 2023.

"Ketika pemeriksaan dilakukan pada Jun 2023, kerosakan pada alat pengawasan ukuran bagi tekanan minyak diperbetulkan sebelum kapal tersebut berlayar dari pelabuhan" tulis MPA dan kenyataan media, tanpa menyebutkan lokasi pemeriksaan.

Kapal tersebut, bernama Dali, berpangkalan di Singapura pada Oktober 2016.

"Menurut catatan, Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura mengesahkan bahawa sijil daripada pertubuhan dan pihak tertentu yang memastikan keberkesanan kapal dan peralatannya berfungsi adalah sah ketika insiden tersebut berlaku," tambah agensi itu.

Pemeriksaan oleh pertubuhan dan pihak perkapalan bagi kapal Dali dijadualkan apda Jun 2024.

Kapal kargo itu kehilangan kuasa dan berlanggar tiang jambatan tersebut, meskipun ia cuba dihentikan.

Para penyelamat berjaya menyelamat dua individu.

Menurut pegawai Amerika Syarikat, enam individu, kesemuanya daripada pasukan binaan yang sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan pada jalan berlubang di Jambatan Francis Scott Key hilang dan dianggap sudah mati.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menyifatkan kejadian tersebut sebagai "kemalangan yang buruk", dan berjanji untuk membuka pelabuhan serta membina semula jambatan itu.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan