Jambatan berbasikal baharu sejauh 110m dibuka di Jurong West
Anggaran Waktu Membaca:
Jambatan berbasikal pertama di Jurong West. (Gambar: JTC)
SINGAPURA: Jambatan berbasikal pertama di Jurong West sudah dibuka, mengurangkan masa perjalanan bagi para penduduk di kawasan itu yang mahu melakukan perjalanan ke Daerah Inovasi Jurong.
Jambatan itu, berukuran 110m panjang dan 8m lebar, adalah satu-satunya jambatan pejalan kaki yang dibenarkan berbasikal merentasi PIE di Singapura.
Ia akan mengurangkan masa berjalan kaki ke Daerah Inovasi Jurong sebanyak 35 minit dan menyediakan akses yang lebih mudah ke tempat-tempat seperti Taman Eko Jurong, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Kampus SJ dan stesen MRT yang bakal dibina di CleanTech Park (Taman Teknologi Bersih) di daerah itu.
Jambatan itu dibuka secara rasmi oleh Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee, penasihat Pertubuhan Akar Umbi Nanyang, Ang Wei Neng dan ketua eksekutif JTC, Tan Boon Khai.
Jambatan ini akan memanfaatkan kira-kira 63,000 penduduk Jurong West, kata perancang perindustrian pemerintah JTC.
"Kami telah bekerjasama rapat dengan JTC selama ini, dan kami berbesar hati kerana jambatan paling luas di Jurong West kini menjadi pejalan kaki, pengayuh basikal dan mesra haiwan peliharaan, lengkap dengan lif. Ia merupakan bukti komitmen kami untuk mewujudkan masyarakat yang lebih terhubung dan bertenaga," kata Encik Ang.
Menurut Encik Ang, mereka bekerjasama dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk membina laluan berbasikal khusus di sekitar Nanyang.
Apabila ditanya oleh pihak media sama ada beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (GE2025) akan datang, Encik Ang berkata bahawa beliau telah menjalankan "begitu banyak kerja" di sana dan berharap beliau akan dapat meneruskan usahanya.
Ini adalah satu-satunya jambatan di Jurong West di mana orang ramai boleh berbasikal tanpa turun basikal dan menolaknya, kata JTC. Ia juga mempunyai laluan pejalan kaki berbumbung.
“Jambatan ini menandakan satu kejayaan dalam matlamat JTC untuk menghubungkan masyarakat dan mendekatkan pekerjaan dengan kawasan kediaman di Jurong West,” kata Encik Tan dari JTC.
Dua kali ganda lebih lebar jika dibandingkan dengan jambatan-jambatan biasa dan dilengkapi dengan dua lif di kedua-dua hujungnya, jambatan baharu itu menyediakan laluan berjalan kaki dan berbasikal, dan menghubungkan para penduduk dengan penghubung taman Laluan Keliling Pulau (Round Island Route).
Sekitar 1,000 penduduk berjalan kaki atau berbasikal melintasi jambatan itu semasa pembukaannya, sambil mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti acara mencari harta karun dan pameran tembikar dan lukisan perhiasan di Taman Teknologi Bersih JTC.
Daerah Inovasi Jurong ialah sebuah hab pengilangan maju yang telah dibuka secara berperingkat sejak 2019. Ia dijangka mewujudkan sebanyak 95,000 pekerjaan baharu dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pengilangan maju apabila siap sepenuhnya.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.