Jambatan baharu Taman Jurong bantu penduduk jimat masa perjalanan ke stesen MRT, sekolah
Para penduduk Taman Jurong kini mempunyai laluan lebih dekat untuk ke kemudahan-kemudahan seperti sekolah dan stesen MRT Lakeside.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penduduk Taman Jurong kini mempunyai laluan lebih dekat untuk ke kemudahan-kemudahan seperti sekolah dan stesen MRT Lakeside.
Ini dengan adanya sebuah jambatan pejalan kaki baharu yang menghubungkan kawasan yang sebelum ini terpisah oleh sebatang sungai.
Jambatan baharu itu dibina bagi meningkatkan lagi keterhubungan antara kedua-dua belah Sungei Lanchar selepas menerima maklum balas penduduk.
Sesetengah penduduk bahkan berkata mereka tidak lagi perlu berpatah balik dan dapat menjimatkan masa perjalanan sekitar lima minit.
Jambatan itu juga menandakan satu pencapaian penting dalam usaha Singapura ke arah amalan binaan lebih mampan.
Jambatan tersebut sebelum ini digunakan di Marymount Road, namun sekarang ia merupakan jambatan pejalan kaki pertama yang digunakan semula di Singapura.
Panjangnya juga diubah suai daripada 53 kepada 43 meter supaya sesuai digunakan di lokasi yang baharu.
Menurut penasihat GRC West Coast-Jurong West Shawn Huang, penggunaan semula jambatan itu mengelakkan pelepasan karbon sebanyak kira-kira 200,000 kilo, iaitu bersamaan dengan pelepasan karbon daripada memandu sebuah kereta sejauh 600,000 kilometer.
Encik Huang berharap, agensi-agensi pemerintah akan terus mencari peluang inovatif seumpama itu supaya boleh dilaksanakan di kawasan lain.

Sumber : CNA/AI/NY/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.