Skip to main content

Singapura

Jalur kawalan laju di bulatan Marine Parade selepas kemalangan maut

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan melaksanakan jalur kawalan kelajuan di bulatan Marine Parade, menyusuli kemalangan maut yang berlaku minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jalur kawalan laju di bulatan Marine Parade selepas kemalangan maut

Para penduduk Marine Parade menggesa agar lebih banyak langkah diambil bagi menjadikan laluan pejalan kaki di kawasan sekitar sebuah bulatan lebih selamat. (Gambar-Gambar: Darius Boey)

Diterbitkan : 25 Mar 2019 07:44AM Dikemas Kini : 25 Mar 2019 07:47AM

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan melaksanakan jalur kawalan kelajuan di bulatan Marine Parade, menyusuli kemalangan maut yang berlaku minggu lalu.

Anggota Parlimen Mountbatten Lim Biow Chuan mengumumkan langkah itu menerusi catatan di laman Facebooknya pada Sabtu (23 Mac). Dalam catatan berkenaan, beliau turut memuat naik gambar peta menunjukkan tempat-tempat yang dirancangkan bagi garisan tersebut.

"Langkah ini adalah tambahan kepada papan-papan tanda amaran yang dipasang di tepi jalan raya," kata Encik Lim. Beliau menambah bahawa langkah itu bertujuan untuk memperlahankan kelajuan kenderaan-kenderaan di bulatan tersebut.

"Pada minggu depan, saya akan bertemu dengan LTA di tapak itu bagi membincangkan langkah-langkah lain untuk menjadikan tempat itu lebih selamat bagi para penduduk," katanya lagi.

Encik Lim membuat pengumuman itu selepas seorang wanita berusia 82 tahun meninggal dunia di hospital akibat kecederaan yang dialaminya dalam satu kemalangan pada Isnin (18 Mac) di persimpangan Marine Parade Road dengan Amber Road.

Para penduduk Marine Parade pernah meminta agar lebih banyak langkah diambil untuk menjadikan laluan pejalan kaki di kawasan bulatan tersebut lebih selamat, kerana mereka berpendapat bahawa ia adalah "tempat yang amat berbahaya."

Bulatan dengan dua lorong itu biasanya digunakan oleh para pemandu menuju ke arah bandar menerusi Mountbatten Road atau mereka yang ingin menuju ke arah Parkway Parade menerusi Marine Parade Road. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita