Jalur Budaya Geylang Serai cerminkan semangat masyarakat Melayu, siap hadapi cabaran masa hadapan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah beriltizam melestarikan warisan budaya rakyat Singapura.
Ini termasuk memelihara hab kebudayaan yang penting seperti Geylang Serai, bukan sahaja untuk masyarakat Melayu tetapi untuk semua rakyat Singapura dan juga pelancong.
Dalam ucapan bahasa Melayunya di Rapat Umum Hari Kebangsaan hari ini (20 Ogos), PM Lee memberikan kemas kini tentang projek Jalur Budaya Geylang Serai yang diumumkan beliau sendiri dalam NDR lima tahun lalu.
"Ada beberapa bahagian projek ini yang telah pun siap. Misalnya, Wisma Geylang Serai (WGS) yang kini menjadi nadi kegiatan budaya Melayu. Sejak dibuka, ia berjaya menarik jutaan pengunjung secara fizikal dan online," kata PM Lee.
"Tahun lepas, ruang masyarakat Anjung di WGS pula dibuka secara rasmi. Kini ia menjadi hab untuk kegiatan sukan dan kemasyarakatan, dan sejauh ini telah menjadi tuan rumah kepada lebih 100,000 peserta dan pengunjung. Dengan lengkapnya, WGS dan Anjung, satu daerah baru sudah mula terbentuk. Sebahagian kerja-kerja peningkatan masih bersifat ‘akan datang’, tetapi tidak lama lagi," tambah beliau.

Semasa membentangkan ucapannya itu, PM Lee menunjukkan kerja-kerja peningkatan lain seperti gerbang di simpang utama Geylang Road dan Joo Chiat Road.
Kata PM Lee, gerbang itu diilhamkan daripada bumbung atap rumah-rumah tradisional Melayu.
"Di pintu masuk utamanya (Joo Chiat Complex) , akan ada kanopi kaca ini. Di bawahnya ialah Plaza Perayaan, yang boleh digunakan bagi pelbagai acara. Ruang-ruang awam sekitar Joo Chiat Complex juga akan dinaik taraf. Semua ini, termasuk beraneka program kebudayaan, akan menjadikan Geylang Serai lebih rancak dan bertenaga untuk dinikmati para pengunjung, baik tua mahupun muda," ujar PM Lee.
"Saya tidak sabar untuk semua peningkatan ini siap, tahun depan. Kepada pasukan yang menjayakan projek ini, terima kasih!" tambah PM Lee.
PM Lee juga berkongsi rasa seronok beliau melihat perniagaan dan bazar-bazar Hari Raya di Geylang Serai kembali rancak seperti sebelum pandemik.

Lebih dari sekadar perubahan fizikal, PM Lee menyifatkan peningkatan itu sebagai satu cerminan semangat masyarakat Melayu.
"Pada zahirnya, projek Geylang Serai ini memaparkan keindahan dan kekayaan warisan budaya Melayu. Namun, apa yang tersirat di dalamnya mencerminkan masyarakat Melayu kita yang kembali bertenaga, bersiap siaga untuk menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan," kata PM Lee.
BANGUNKAN SEMANGAT YANG BARU
Dalam meniti cabaran masa hadapan, PM Lee berharap generasi hari ini mempunyai semangat dan lebih bertenaga untuk membawa Singapura maju lebih jauh lagi.
PM Lee mengimbas kembali 58 tahun lalu apabila para pengasas negara menyatu-padukan rakyat dan melancarkan usaha membina watan.
"Sebagaimana dalam lagu kebangsaan kita, mereka didorong oleh semangat yang baru: seruan untuk bersatu padu, keazaman mengatasi cabaran, serta sedia bekerjasama demi membina sebuah negara baru dan masa hadapan yang cerah. Semangat inilah yang terus membara dalam diri kita, menghasilkan kejayaan yang kita kecapi hari ini iaitu sebuah hab berbilang bangsa dan budaya serta negara maju yang aman lagi bertenaga," kata PM Lee.

Bagi merenung kembali 'semangat yang baru', PM Lee mengajak rakyat Singapura untuk mengunjungi pameran yang sedang berlangsung di Muzium Negara.
Pameran tersebut berjudul 'Membangunkan Semangat yang Baru' dan menurut PM Lee, ia merakamkan dengan baik semangat yang wujud pada zaman itu.
"Kita bakal berdepan dengan pelbagai cabaran rumit dan kita mahu melaksanakan beraneka rancangan baru. Tetapi dengan keyakinan dan nilai-nilai asas yang dipegang datuk nenek kita, saya yakin kita boleh menjadikan aspirasi kita, satu kenyataan," ujar PM Lee.
"Oleh itu, marilah kita memperkukuh semangat ini dalam kalangan rakyat Singapura demi membina sebuah masyarakat inklusif yang adil dan saksama. Marilah kita berusaha bersama-sama ke arah masa depan yang lebih cerah sebagai satu rakyat, satu negara, satu Singapura!" kata PM Lee mengakhiri ucapan dalam bahasa Melayunya itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.