Jalinan dagangan global anak kunci wujudkan pekerjaan di Afrika: Tharman
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam berkata membina jalinan perdagangan global adalah penting bagi mewujudkan pekerjaan lebih baik di Afrika.
Ini sedang benua itu bergelut dengan usaha menyediakan lebih banyak peluang untuk jumlah penduduknya yang besar.
Presiden Tharman berkata demikian kepada para mahasiswa di Universiti Dar es Salaam dalam rangka lawatan negara beliau ke Tanzania.
Menurut satu laporan, Afrika akan menyaksikan 500 juta orang menyertai tenaga kerjanya dalam dekad mendatang.
Namun, laporan itu juga meramalkan hanya 165 juta pekerjaan akan diwujudkan dalam pasaran dalam tempoh yang sama.
Encik Tharman berkata: "Ia bermakna bahawa setiap kapasiti yang kami ada dalam pemerintah, dalam kalangan perusahaan, dan dalam masyarakat kita sendiri, setiap kapasiti, setiap keupayaan yang kita ada perlu berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan pekerjaan-pekerjaan baik bagi penduduk kita.
"Ia perlu menjadi ikhtiar seluruh pemerintah dan seluruh masyarakat."
Dalam erti kata lain, kementerian-kementerian perdagangan dan pelaburan perlu memastikan bahawa strategi-strateginya membawa ekonomi negara masing-masing mendaki rantaian nilai.
Sementara itu, dasar prasarana juga perlu memastikan pembangunan kemudahan turut mewujudkan pekerjaan.
Presiden Tharman berkata membangunkan hubungan perdagangan dengan negara-negara jiran dan rantau lain akan membantu dalam hal itu.
"Kenyataan-kenyataan yang mencadangkan bahawa kami kini bersedia memulakan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Singapura dengan Masyarakat Afrika Timur adalah penting.
"Ia tentang mewujudkan skala dengan menghubungkan pasaran-pasaran kita dan mengembangkan peluang serta membolehkan keluk pembelajaran yang membawa kita ke tahap daya penghasilan lebih tinggi dalam setiap industri," kata Encik Tharman.
Wakil-wakil perniagaan dari kedua-dua negara juga menyertai satu perbincangan meja bundar, yang menurut Presiden Tanzania, Dr Samia Suluhu Hassan, satu peluang yang wajar mereka rebut.
Dr Samia berkata: "Pemerintah saya sepenuhnya komited untuk mengekalkan sekitaran yang mantap, praktikal, boleh diramal dan mesra pelabur, yang menguntungkan rakan-rakan jangka panjang dan pelaburan bertanggungjawab. Kami akan terus mendengar, merubah dan mempermudah."
Beliau juga menggesa wakil Singapura dan Tanzania supaya meningkatkan perkongsian dalam industri-industri seperti pemprosesan batu permata dan penapisan bahan api.

Sumber : CNA/FZ/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.