Jalan susur keluar PIE pada sebelah kanan akan dialihkan mulai 28 Mei

Jalan susur keluar 26A di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE). (Gambar: LTA)
SINGAPURA: Jalan susur keluar sebelah kanan Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) akan dipindahkan ke sebelah kiri ekspreswe tersebut dari pukul 5.00 pagi pada 28 Mei.
Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Ahad (14 Mei).
Buat masa ini, jalan susur keluar 26A di PIE yang menghala ke barat kini ditempatkan di sebelah kanan dan membolehkan para pemandu untuk membelok ke arah Dunearn Road dan Clementi Road.
Jalan susur keluar yang baru di sebelah kiri terdiri daripada laluan bawah Rifle Range di bawah PIE dan membolehkan pemandu keluar dari lebuh raya itu dengan lebih lancar.
Menyusuli pembukaan jalan susur keluar yang baru itu, jalan keluar sebelah kanan sebelum ini akan ditiadakan. LTA akan menjajarkan semula Hua Guan Avenue sedia ada dan secara bertahap-tahap mengembalikannya ke jalan raya satu lorong.
Bagi membina jalan susur kiri, kerja-kerja binaan dijalankan secara berfasa, dengan lencongan dilakukan untuk mengurangkan gangguan pada lalu lintas trafik di PIE.
"Cabaran kejuruteraan yang dihadapi termasuk berdepan dengan rupa bumi yang unik dengan singkapan batu cetek dan bekerja dalam koridor kerja yang sempit pada sebelah ekspreswe 'yang sedang beroperasi'," dedah LTA.
COVID-19 dan keterbatasan tenaga manusia menimbulkan cabaran tambahan kepada projek tersebut.
Dalam masa beberapa minggu akan datang, papan tanda lalu lintas akan dipasang untuk memaklumkan dan membimbing para pemandu mengenai penempatan semula jalan susur keluar itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.