Jalan susur baru hubungkan Punggol dengan TPE akan dibuka pada 28 Nov
Jalan susur baru yang menghubungkan Halus Link berdekatan Punggol dengan Ekspreswe Tampines (Ekspreswe Tengah/Ekspreswe Seletar) akan dibuka pada 28 Nov.
SINGAPURA: Jalan susur baru yang menghubungkan Halus Link berdekatan Punggol dengan Ekspreswe Tampines (Ekspreswe Tengah/Ekspreswe Seletar) akan dibuka pada 28 Nov.
Ia akan membantu meredakan lalu lintas di Punggol East, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (16 Nov).
Pembukaan jalan raya itu menandakan selesainya peluasan dua fasa Ekspreswe Kallang-Paya Lebar dan Ekspreswe Tampines (KPE/TPE Interchange), menurut LTA.
Peluasan projek itu dibuka melalui beberapa fasa, bermula November 2018.
Fasa pertama termasuk pembinaan jalan raya, tiga jambatan kenderaan yang merentasi Sungei Serangoon dan Sungei Blukar, serta jejambat yang merentasi TPE serta tanjakan-tanjakan lain dan kerja-kerja saliran.
Fasa kedua pula termasuk pembinaan sebuah jambatan kenderaan yang merentasi Sungei Serangoon, jejambat yang masing-masing merentasi KPE dan TPE, serta peluasan jalan raya dari Lorong Halus.
Bagi memaklumkan para pemandu tentang perubahan-perubahan itu, mesej melalui radio akan disiarkan menerusi Laporan Trafik LTA.
Papan tanda dan tanda arah akan dipasang di jalan susur itu dekat dengan tarikh pembukaannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.