Jalan rosak, cuaca monsun sukarkan NGO SG salur bantuan kepada mangsa bencana Nepal
Jalan raya yang rosak serta cuaca monsun di Nepal menyukarkan lagi usaha badan-badan bukan meraih untung Singapura untuk menghantar bekalan bantuan kepada mangsa bencana.
- Singapore non-profit organisations such as Mercy Relief and Humanity Matters sent aid to disaster-hit areas in Nepal.
- Mercy Relief delivered S$120,000 worth of aid to Rasuwa for 1,800 victims, including food, blankets and cooking equipment.
- Humanity Matters restored drinking water supplies for more than 1,000 security personnel and prisoners in Nuwakot, and set up temporary water treatment stations.
- Relief efforts faced major challenges due to damaged roads and the monsoon season, which made travel more difficult and slower.
- Badan bukan meraih untung Singapura seperti Mercy Relief dan Humanity Matters menghantar bantuan ke kawasan bencana di Nepal.
- Mercy Relief menyalurkan bantuan bernilai S$120,000 ke Rasuwa untuk 1,800 mangsa, termasuk makanan, selimut dan peralatan memasak.
- Humanity Matters memulihkan bekalan air minum untuk lebih 1,000 anggota keselamatan dan banduan di Nuwakot serta menubuhkan stesen rawatan air sementara.
- Usaha bantuan berdepan cabaran besar akibat jalan rosak dan musim monsun yang menyebabkan perjalanan menjadi lebih sukar dan lambat.
Bekalan yang dihantar termasuk makanan, produk sanitasi dan barangan isi rumah.
Mercy Relief, misalnya, menuju ke wilayah Rasuwa, sekitar 120 kilometer di utara Kathmandu, bagi menyalurkan bantuan bernilai S$120,000 kepada kira-kira 1,800 orang.
Selain bekalan makanan, pertubuhan itu turut membekalkan selimut dan peralatan memasak.
Namun, perjalanan yang biasanya mengambil masa antara dua hingga tiga jam mungkin mengambil masa sehingga 12 jam akibat kerosakan jalan raya.
Ketua Eksekutif Mercy Relief Leon Yip berkata keadaan itu diburukkan lagi oleh musim monsun di Nepal.
Menurut beliau, limpahan lumpur dan jalan raya yang terjejas akibat banjir bukan sesuatu yang luar biasa ketika musim tersebut.
Keadaan itu menambahkan cabaran untuk membawa bukan sahaja penumpang, malah bekalan ke kawasan yang terjejas.
HUMANITY MATTERS PULIHKAN BEKALAN AIR MINUM
Meskipun perlu menempuh perjalanan yang penuh rintangan, Humanity Matters berjaya sampai ke Nuwakot, satu lagi kawasan yang teruk terjejas.
Pertubuhan itu memulihkan bekalan air minum bagi lebih 1,000 anggota keselamatan dan banduan.
Menurut Humanity Matters, sebahagian tembok sebuah bangunan penjara di kawasan itu musnah dan dihanyutkan.
Pertubuhan itu turut menempatkan sebuah stesen rawatan air sementara di pekarangan penjara tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.