Skip to main content

Singapura

Jalan raya baru Punggol ke KPE, TPE dibuka setahun lebih awal dari jadual

Sebatang jalan raya menghubungkan Punggol Central dengan dua ekspreswe, Kallang-Paya Lebar (KPE) dan Tampines (TPE) dibuka hari ini (25 Nov), hampir setahun lebih awal daripada jadual asalnya.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Nov 2018 07:10PM Dikemas Kini : 25 Nov 2018 09:05PM

SINGAPURA: Sebatang jalan raya menghubungkan Punggol Central dengan dua ekspreswe, Kallang-Paya Lebar (KPE) dan Tampines (TPE) dibuka hari ini (25 Nov), hampir setahun lebih awal daripada jadual asalnya.

Pembinaannya dapat diselesaikan lebih cepat dengan penggunaan teknologi baru.

Mulai pagi esok, keadaan trafik pada waktu sibuk di Punggol dijangka lebih lancar kerana para penduduk kawasan itu kini mempunyai laluan baru untuk ke TPE dan KPE.

Selain itu ada juga sebatang jalan penghubung baru dari KPE menghala ke Punggol Central dan Lorong Halus.

Sebelum jalan raya baru itu dibuka, para pemandu dari Punggol Central perlu melalui Punggol East untuk ke TPE.

Ini menyebabkan kesesakan trafik semasa waktu sibuk.

Para Penasihat Akar Umbi Pasir Ris-Punggol berkata jalan raya baru itu dibuka semasa cuti sekolah agar para pengguna jalan raya dapat membiasakan diri dengan jalan itu sebelum tiba tahun baru.

Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), penggunaan teknologi-teknologi baru seperti Reka Bentuk Maya dapat menjimatkan lebih banyak masa dan tenaga kerja.

Namun ia juga mempunyai cabaran tersendiri.

Hwa Seng Builder - kontraktor projek tersebut menyatakan antara cabarannya adalah kedudukan jalan baru itu yang berhampiran dengan Pangkalan Udara Paya Lebar.

Misalnya, kren yang digunakan perlu diturunkan antara 4.00 hingga 5.00 pagi bagi penerbangan pesawat.

Pada masa hadapan, Punggol akan mempunyai lebih banyak jalan raya untuk masuk dan keluar ke estet perumahan baru itu.

Jalan-jalan tersebut dijangka siap menjelang suku kedua 2021. 

Sumber : CNA/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita