Skip to main content

Singapura

Jalan raya baru hubungkan Pasir Ris dengan Punggol dibuka 17 Nov

Satu jalan raya baru akan dibuka pada 17 November, menghubungkan Pasir Ris dengan Punggol dan membolehkan lebih banyak kenderaan bergerak langsung antara kedua-dua kawasan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jalan raya baru hubungkan Pasir Ris dengan Punggol dibuka 17 Nov

(Gambar: Petikan skrin Google Maps)

Diterbitkan : 31 Oct 2019 06:44PM Dikemas Kini : 31 Oct 2019 06:49PM

SINGAPURA: Satu jalan raya baru akan dibuka pada 17 November, menghubungkan Pasir Ris dengan Punggol dan membolehkan lebih banyak kenderaan bergerak langsung antara kedua-dua kawasan itu.

"Jalan raya penghubung baru menawarkan pengguna jalan raya satu laluan baru antara kedua-dua kawasan dan meringankan aliran trafik sedia ada sepanjang TPE," menurut satu kenyataan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (31 Okt).

Ia sebahagian daripada peluasan Ekspreswe Kallang-Paya Lebar dan Laluan Pertukaran Ekspreswe Tampines (KPE/TPE Interchange).

Untuk memberi laluan kepada peluasan tersebut, jalan susur sedia ada dari KPE (TPE) menghala ke persimpangan TPE (SLE) akan ditutup bermula 5.00 pagi pada 9 November, menurut LTA. Ini bermakna pengguna jalan raya perlu menggunakan jalan keluar 9C ke jalan susur baru ke TPE (SLE).

Related article image
(Imej: LTA)

(Gambar: LTA)

Untuk memaklumkan para pemandu, pembaharuan pada rangkaian jalan raya akan diuar-uarkan menerusi radio dan menerusi Laporan Trafik LTA.

Papan tanda maklumat dan penunjuk jalan akan diletakkan di kawasan itu menghampiri tarikh pembukaan dan peralihan.

Persimpangan KPE/TPE yang diperluas dijadual selesai pada Jun 2021. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita