Skip to main content

Singapura

Jaket keselamatan pendayung kayak yang lemas di Sentosa tertanggal kerana tali yang diikat tidak ketat

Anggaran Waktu Membaca:
 Jaket keselamatan pendayung kayak yang lemas di Sentosa tertanggal kerana tali yang diikat tidak ketat

Chew Jia Tian ditemui di perairan dekat Sentosa selepas dia dihanyutkan oleh arus sedang dia cuba untuk membantu seorang lagi pendayung kayak. (Gambar: Rough Beauty/Facebook; Alvin Ng)

SINGAPURA: Seorang pendayung kayak yang lemas selepas setelah cuba membantu rakannya, dikatakan maut apabila jaket keselamatannya tertanggal kerana tali yang yang diikat di bahagian bawah kelengkang pengguna tidak dipasang dengan ketat, menurut laporan koroner pada Khamis (15 Ogos).

Chew Jia Tian, seorang warganegara Singapura berusia 33 tahun, sedang mendayung kayak bersama rakan-rakannya di bahagian selatan Sentosa pada 22 Oktober 2023.

Beliau sedang cuba untuk menolong rakannya yang terbalik berhampiran garisan halangan keselamatan terapung berwarna biru, namun tidak berupaya mendayung keseluruhan berat rakannya serta kedua-dua kayak mereka bagi menentang arus yang kuat.

Kayak milik Cik Chew kemudian terbalik, dan jaket keselamatannya tertanggal kerana tali di kelengkang yang tidak diketatkan.

Mayatnya ditemui maut dua hari kemudian dengan keretakan pada tulang rusuknya.

Tidak ditentukan jika Cik Chew mengalami keretakan tulang itu sebelum atau setelah beliau meninggal dunia.

Dalam laporannya, Koroner Negara Adam Nakhoda berkata bahawa keputusan Cik Chew untuk membantu rakannya adalah satu "tindakan tidak mementingkan diri sendiri".

Beliau mendapati bahawa Cik Chew "tidak pernah berputus asa untuk mendayung" daripada halangan terapung, tetapi kekuatannya mula surut dan dia memberitahu kawannya: "Maaf... saya tidak boleh."

Koroner itu berkata kemalangan itu "menyebabkan kematian seseorang pada usia yang muda, ketika melakukan sesuatu yang diminatinya".

Namun, beliau menasihatkan beberapa tindakan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko mendayung di laut Singapura.

Ini termasuk mematuhi peraturan Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) mengenai "Penggunaan kanu dan kayak di dalam had pelabuhan Singapura", terutama sekali berkenaan keperluan menggunakan alat terapung sendiri pada setiap waktu dan tidak memasuki kawasan yang dilarang.

Orang ramai juga harus menyedari akan lokasi berkayak, termasuk memahami keadaan laut, pasang surut dan arus.

Seterusnya, seseorang itu harus mengelakkan kawasan laut yang mencabar yang boleh dilalui dan kesan akibat ditolak arus menuju ke halangan keselamatan terapung dan apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko kejadian ini.

Orang ramai juga harus sentiasa memastikan peralatan keselamatan yang sesuai digunakan dan membaca arahan bagi peralatan terapung peribadi untuk memastikan ia sesuai buat kegunaan yang dirancangkan.

Ini termasuk memastikan alat keselamatan digunakan seperti yang diarahkan dan menggunakan dan mengikat tali kelangkang jika ada.

Akhir sekali, seseorang itu harus menjalankan pemeriksaan untuk memastikan semua kayak dalam satu kumpulan mempunyai peralatan keselamatan yang sesuai dan peranti terapung yang dipasang dengan betul menggunakan tali yang ditetapkan.

Cik Chew merupakan seorang pendayung kayak berpengalaman dengan kayaknya sendiri, memperolehi anugerah kemahiran dua bintang pada tahun 2011 dan menghadiri kursus tiga bintang pada Januari 2023.

LAUT BERGERAK DI SEKITAR SINGAPURA

Kawasan di mana kayak Cik Chew dan rakannya terbalik berhampiran dengan Sentosa Beacon, yang terletak di hujung selatan pulau itu dan berhampiran pintu masuk selatan ke Buran Channel, di mana perairan bercantum dan ombak lebih bergelora.

Seorang pensyarah latihan maritim yang memberikan pendapatnya dalam siasatan itu berkata semua kawasan pantai di sekitar Singapura terdedah kepada arus deras dan air bergelora atau ombak, yang boleh dibawa oleh angin kencang semasa cuaca buruk dan musim monsun.

Beliau berkata kawasan yang terdedah kepada arus deras termasuk Buran Channel, dan Taman Pantai Changi.

Sentosa juga terdedah kepada arus deras, terutamanya di Buran Channel dan di seberang pulau kecil di pantai Siloso, Palawan dan Tanjong.

Arus deras ini tidak selalu kelihatan secara visual, dan ia mungkin sukar diharungi, katanya.

Pendayung kayak yang tidak berpengalaman yang tertolak pada hadang keselamatan terapung biru itu tambah beliau, mungkin sukar untuk melarikan diri.

Beliau berkata senario paling teruk mungkin berlaku jika pendayung kayak tersepit di tepi hadangan itu dan terbalik dibawahnya, menyebabkan mereka terperangkap.

Para pendayung perlu merancang perjalanan mereka sebelum memulakannya, melihat ombak dan memastikan mereka mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi.

Beliau juga berkata bahawa laut di Buran Channel seringkali lebih deras berbanding kawasan lain di Sentosa, meskipun laut kelihatan tenang di kawasan itu.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita