Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jagung, sayuran campur beku jenama Pinguin ditarik balik; mungkin dicemar listeria

Penguasa Agromakanan dan Veterinar Singapura (AVA) mengumumkan pada Isnin (23 Jul) bahawa ia sudah menarik balik sayuran campur dan biji jagung beku jenama Pinguin, di tengah-tengah penularan bakteria listeria di Eropah.

Anggaran Waktu Membaca:
Jagung, sayuran campur beku jenama Pinguin ditarik balik; mungkin dicemar listeria

Sayuran campur dan biji jagung beku jenama Pinguin yang ditarik balik. (Gambar: AVA)

Diterbitkan : 23 Jul 2018 11:32PM Dikemas Kini : 24 Jul 2018 03:19PM

SINGAPURA: Penguasa Agromakanan dan Veterinar Singapura (AVA) mengumumkan pada Isnin (23 Jul) bahawa ia sudah menarik balik sayuran campur dan biji jagung beku jenama Pinguin, di tengah-tengah penularan bakteria listeria di Eropah.

Satu amaran penularan Listeria monocytogenes menerusi makanan dikeluarkan di Eropah, menurut AVA dalam satu kenyataan media.

Penularan tersebut mungkin berpunca daripada pencemaran mikrob di satu kilang penghasilan, Greenyard Frozen di Hungary, menurut pihak penguasa itu.

Produk yang terjejas adalah bungkusan satu kilogram sayuran campur beku dengan tarikh luput sehingga Mac 2020 dan paket 2.5 kilogram biji jagung bertarikh luput Februari 2019.

AVA menyatakan produk sayuran beku itu mungkin dibungkus semula dan diedarkan ke rantau lain termasuk Belgium, Perancis, Jerman, Hong Kong, Belanda dan Singapura.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak penguasa itu bekerjasama dengan syarikat import untuk menarik balik semula produk terjejas.

Proses tersebut sudah selesai, tambahnya.

Para pelanggan yang sudah membeli produk tersebut dinasihati tidak memakannya.

Listeriosis adalah jangkitan bakteria yang disebabkan Listeria monocytogenes, yang terdapat di persekitaran termasuk dalam tanah, air, kotoran dan najis haiwan serta manusia.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan