Jagaan kesihatan, kemampanan antara pasaran utama syarikat SG di Sichuan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/CNS)
CHENGDU: Lebih banyak syarikat Singapura kian menembusi pasaran Sichuan yang mempunyai sekitar 80 juta penduduk itu.
Singapura adalah pelabur asing terbesar wilayah barat daya China itu, dengan hampir S$5.7 bilion dilabur dalam kira-kira 730 projek.
Ia merentasi sektor seperti jagaan kesihatan untuk memenuhi keperluan penduduk kian menua yang semakin meningkat, dan pembangunan mampan di tengah-tengah perubahan iklim.
HAB PERUBATAN SEMAKIN BERKEMBANG
Salah satu projek merupakan hab perubatan bersepadu di ibu kota Chengdu, dengan kemudahan seperti pusat bersalin dan jagaan kanak-kanak serta pusat pemulihan.
Hab seluas 300,000 meter persegi, yang sudah disewakan sepenuhnya, adalah hasil pelaburan S$470 juta oleh syarikat hartanah dan jagaan kesihatan Perennial Holdings.
Perennial Holdings juga melabur lagi S$180 juta dalam projek bersama dengan syarikat bioperubatan Incaier untuk membina hospital baru dengan 350 katil, dan dijangka dibuka pada Ogos.
KOMITMEN SINGAPURA
Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng menyifatkan projek baru Perennial Holdings sebagai bukti komitmen pelabur Singapura kepada pasaran Sichuan.
"Sedang Singapura dan China menangani cabaran masyarakat yang kian menua, usaha ini boleh menyumbang kepada Sichuan dengan menawarkan perkhidmatan perubatan dan jagaan kesihatan antarabangsa serta khidmat bantuan jagaan kepada semua peringkat usia," kata Dr Tan, yang juga pengerusi bersama Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan Singapura-Sichuan (SSTIC).
Perennial Holdings juga membina hab perubatan bersepadu yang serupa di tiga bandar China, iaitu Tianjin, Kunming dan Xi'an.
MENGUSAHAKAN KEMAMPANAN
Di tengah-tengah krisis iklim yang semakin meruncing, Sichuan juga sedang meningkatkan usaha pembangunan mampan.
Syarikat tenaga Singapura SP Group sudah bekerjasama dengan daerah Wuhou, yang terbesar dari lima daerah Chengdu, untuk merubahnya menjadi daerah eko bijak.
Ia membantu untuk menggunakan penyelesaian bijak dan mampan yang mempercepatkan pelan induk pembaharuan bandar tersebut, yang bertujuan untuk menjadikan bangunan sedia ada lebih mampan.
Baru-baru ini, SP Group juga memeterai perjanjian bersama syarikat milik Wuhou, untuk mengusahakan pengurusan tenaga dan utiliti dalam lebih banyak projek pembaharaun bandar dan tenaga solar.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.