Jadual peralihan pucuk pimpinan SG belum diputuskan, kata DPM Wong
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Kazuhiro NOGI / AFP
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata jadual bagi peralihan pucuk pimpinan di Singapura belum ditentukan.
DPM Wong berkata demikian semasa ditanya, bila beliau akan menjadi Perdana Menteri semasa sesi soal jawab di Forum Nikkei yang ke-28 di Tokyo.
DPM Wong menarik perhatian masih ada keutamaan-keutamaan lain, baik di dalam mahupun luar negara.
Pilihan Raya Umum Singapura juga mesti diadakan menjelang 2025.
"Ia hanya menunggu masa. Jika ia berlaku sebelum pilihan raya dan kemudian saya menerajui pasukan dalam pilihan raya, saya akan meminta mandat daripada rakyat Singapura untuk saya dan pasukan saya.
"Jika ia berlaku selepas pilihan raya, maka adalah jelas Perdana Menteri kekal sebagai pemimpin tetapi saya akan memainkan peranan penting dalam kempen pilihan raya. Kami akan menjelaskan kepada pengundi pelan penggantian kepimpinan selepas pilihan raya jika PAP menang keyakinan dan mandat rakyat Singapura untuk mentadbir," jelas DPM Wong.
DPM Wong juga diminta pandangan beliau tentang nasib Singapura yang terus tidak disertakan dalam Sidang Puncak Demokrasi anjuran Amerika Syarikat.
Edisi kedua acara itu menyaksikan lebih 120 pemimpin berkumpul untuk membincangkan isu-isu demokrasi.
DPM Wong menambah sistem pentadbiran negara bukan statik dan akan terus berubah.
Tetapi hal tersebut akan ditentukan rakyat Singapura sendiri.
"Kami selesa dengan siapa diri kami dan kami tidak perlu pihak atau perkembangan di luar negara untuk mengesahkan status kami. Jika anda tanya adakah Singapura mempunyai ciri-ciri demokrasi liberal Barat?
"Jawapannya semestinya tidak. Malah, kami tidak ikut saja apa yang dibuat pihak lain. Kami menyesuaikan diri dan belajar dan jika kami mengamalkan serta membangunkan sebuah model yang sesuai untuk keperluan dan situasi kami dan model itu berkesan sejauh ini," kata DPM Wong.

Sumber : CNA/RU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.