Singapura iklan
Jadikan Ramadan asas permulaan gaya hidup lebih sihat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: HPB)
SINGAPURA: Semasa melayari media sosial setiap hari, paling kurang pasti ada satu kandungan yang menggalakkan gaya hidup sihat, seperti menyediakan makanan sihat atau cara mudah untuk bersenam.
Pada masa yang sama juga timbul semangat untuk mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat. Pada ketika itu, kita didorong untuk mengamalkan tabiat gaya hidup yang lebih sihat seperti hanya memilih makanan seimbang, berlari-lari anak, mengikuti kegiatan senaman secara berkumpulan dan sebagainya.
Malangnya, semangat itu - bak pepatah Melayu - hangat-hangat tahi ayam. Mungkin kurang motivasi untuk kekal komited terhadap niat yang pada awalnya murni. Jika ini sering berlaku pada anda, jangan khuatir, anda tidak keseorangan.
Memang tidak mudah untuk menolak aneka juadah yang disajikan di depan mata, bukan?
Sekalipun demikian, usah putus asa. Terdapat pelbagai petua untuk kita memulakan gaya hidup sihat. Sebagai permulaan, anda hanya perlu melakukan perubahan kecil supaya perjalanan ke arah gaya hidup lebih sihat tidak terasa berat dan mencabar. Salah satu cara adalah dengan menyertai cabaran ‘Eat, Drink,Shop Healthy Challenge’ iaitu anda boleh mendapat ganjaran untuk memilih pilihan yang lebih sihat.
Bulan Ramadan ini, khususnya, boleh menjadi batu loncatan untuk membantu anda mencapai sasaran tersebut.
MASAK DI RUMAH; KURANGKAN GARAM, GULA
Memasak sendiri di rumah adalah cara terbaik untuk kita mengawal apa yang dimasukkan ke dalam masakan - daripada bahannya sehinggalah cara masakan disediakan. Semuanya terletak di tangan anda. Bermakna, anda boleh mengawal minyak, garam dan gula serta memilih kaedah goreng, bakar, rebus atau kukus.
Secara purata, penduduk Singapura mengambil 3,600 miligram sodium sehari, hampir dua kali ganda had 2,000 miligram sodium sehari yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Terdapat keperluan untuk mengurangkan pengambilan sodium, tetapi bagaimana kita boleh melakukannya?
Ramai orang menyangka sumber natrium dalam makanan adalah daripada makanan sudah diproses. Tapi tahukah anda? Hakikatnya 75 peratus natrium adalah daripada garam, gula, sos dan bahan perasa manakala 20 peratus sodium adalah daripada makanan sudah diproses seperti bebola ikan, mi segera dan snek berperisa.
Mungkin ini boleh memeningkan kepala apabila hendak memilih bahan makanan yang ingin dibeli untuk dimasak di rumah. Usah gusar! Salah satu cara mudah adalah dengan memerhatikan Lambang Pilihan Lebih Sihat (Healthier Choice Symbol, HPB) yang tertera pada bungkusan produk makanan.
Ketua Kesihatan bagi M3@Marsiling-Yew Tee, Dr Faisal Johandi berkongsi bahawa antara cara untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula adalah dengan memerhatikan Lambang Pilihan Lebih Sihat HPB serta label Nutri-Grade apabila membeli makanan dan minuman, di samping mengelakkan pengambilan snek dan makanan segera.

Apabila menghidangkan makanan di rumah pula, anda boleh menggunakan formula “Suku, Suku, Separuh” untuk sepinggan hidangan yang lebih seimbang dan sihat. Suku pinggan diisi dengan bijirin penuh, seperti beras perang atau roti mil penuh, lagi suku dengan protein dan baki separuh pinggan dengan sayuran atau buah-buahan. Barulah seimbang!
Kalau mahukan resepi juadah berbuka puasa yang bukan sahaja sihat tetapi juga lazat, laman Korang Ok? menawarkan pelbagai pilihan. Contohnya, resepi air rendaman kurma, bubur lambuk dan kuah lodeh.
BERBUKA PUASA DI LUAR? PILIHAN DI TANGAN ANDA
Sekali sekala, mungkin anda sekeluarga mahu bertukar angin dan berbuka puasa di luar bersama keluarga atau rakan-rakan.
Waktu ini jugalah, ada banyak tawaran istimewa untuk pelanggan datang berbuka puasa di restoran-restoran dan pusat makanan.
Tahukah anda, HPB ada menyediakan senarai pilihan kedai makanan dan minuman lebih sihat di lamannya? Ini membantu anda membuat pilihan lebih berhemah apabila berbuka puasa di luar.
Malah, anda juga boleh meraih ganjaran dalam bentuk e-baucar pasar raya jika memilih makanan dan minuman lebih sihat menerusi Cabaran Makan, Minum, Beli-Belah Lebih Sihat melalui aplikasi Healthy 365. Butirannya juga boleh diperolehi di laman Korang Ok?
KEKAL AKTIF MESKI BERPUASA
Berpuasa tidak bermakna kita rehat dan tidur sepanjang hari. Meskipun tidak makan dan minum kira-kira 14 jam sehari, tubuh kita masih mempunyai tenaga tersimpan yang boleh dimanfaatkan untuk kita kekal aktif.
Pasti ramai yang gemar ke bazar Ramadan. Ini peluang baik untuk memanfaatkannya. Bazar Ramadan bukan sekadar tempat untuk mencari juadah berbuka puasa, tetapi juga waktu paling sesuai untuk kita mengira langkah kita. Muat turun aplikasi seperti Healthy 365 untuk memantau langkah harian anda. Setiap aktiviti boleh menguatkan otot dan kecergasan aerobik anda.

Cik Syahrizan Mansor, seorang relawan M3@Jurong, yang aktif menggalakkan para penduduk Melayu di kawasan tersebut untuk menjaga kesihatan, berkongsi bahawa kita tidak perlu berjalan jauh atau berlari pecut secara mendadak untuk memulakan gaya hidup sihat.
“Mulakan dengan langkah-langkah kecil. Misalnya ambil masa antara 15 dengan 20 minit sehari untuk berjalan. Jika anda menonton televisyen/Netflix, apa kata anda sambil-sambil lakukan ‘squats’ atau 'calf raises’ daripada sekadar duduk sahaja,” kata Cik Syahrizan.
Beliau juga menggalakkan orang ramai mencatat prestasi dan kemajuan yang dicapai kerana “ini akan memberi motivasi kepada anda untuk melihat sejauh mana pencapaian anda” dan “meningkatkan keyakinan diri”.
ANJAKAN MINDA
Perkara paling penting untuk kita memulakan sesuatu, adalah anjakan minda. Fokuskan usaha kita ke gaya hidup lebih sihat sebagai usaha untuk menjaga diri sendiri, untuk kita sayangi diri sendiri.
Apabila kita sihat, barulah kita menjaga orang-orang yang kita sayangi di sekeliling kita dan sama-sama menjalani kehidupan lebih sihat.
Dr Faisal dan Cik Syahrizan, kedua-duanya menekankan bahawa bagaimana kita menetapkan minda kita memainkan peranan penting untuk mengubah sesuatu yang pada mulanya dianggap leceh dan sukar kepada sesuatu yang boleh dicapai demi kebaikan diri dan orang tersayang.
“Ubah minda anda. Contohnya, daripada rasa berat untuk melakukan kerja-kerja rumah, anggap ia sebagai latihan ‘circuit’ atau latihan litar - daripada memvakum ke mengemop hinggalah menyental lantai bilik air! Setiap aktiviti boleh menguatkan otot dan kecergasan aerobik anda.
“Saya percaya kuasa minda boleh menjadi pemacu yang mempengaruhi tindakan kita, sikap kita dan seterusnya hasil yang kita perolehi daripadanya,” kata Cik Syahrizan.
Menurut Dr Faisal, perkara yang ditetapkan dalam minda “memainkan peranan besar”.
“Setiap orang perlu memikirkan dan mengenal pasti tahap mereka dalam perjalanan menuju gaya hidup yang lebih sihat. Niat memang penting tetapi niat harus direalisasikan dengan tindakan dan usaha untuk mengekalkan momentum,” ujar Dr Faisal.
MAKLUMAT, PANDUAN, KANDUNGAN BERMANFAAT HPB
Untuk menyuntik semangat supaya memulakan gaya hidup yang lebih sihat dalam bulan Ramadan ini, HPB meneruskan kempen Jaga Diri Sayang Diri, yang menyediakan maklumat, panduan dan kandungan bermanfaat bagi memupuk tabiat bermanfaat itu.
Kempen yang dilancarkan pada 2023 itu bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Melayu menjalankan tanggungjawab untuk menjaga kesihatan mereka dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat dan melakukannya demi demi diri sendiri dan orang tersayang.
Lantaran itu, sedang kita menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan ini, manfaatkanlah sumber-sumber yang disediakan oleh HPB di laman Korang Ok? atau ikuti halaman Facebook Korang Ok bagi mendapatkan panduan dan inspirasi berkaitan pemakanan berkhasiat dan malah kesejahteraan mental anda.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.