Jadi sukarelawan di muzium tingkat kesejahteraan mental dan emosi: Tinjauan NHB
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menjadi sukarelawan di muzium, sudah lama dianggap sebagai boleh membantu kesejahteraan mental dan emosi.
Namun kini terdapat data untuk mengesahkannya.
Buat julung-julung kalinya, kajian Lembaga Warisan Negara (NHB) mengenai kesan menjadi sukarelawan, membutirkan apa yang mereka raih daripadanya.
Untuk para sukarelawan lebih muda, kebanyakannya mahu berjumpa dengan orang daripada latar belakang berbeza dan memupuk keyakinan diri.
Salah seorang daripada mereka ialah Encik Muhammad Hafiz Rashid, 31 tahun.
Menurut beliau, keakraban dengan para sukarelawan mendorongnya untuk terus berkhidmat sejak 10 tahun lalu.
"Menyumbang sebagai sukarelawan di Lembaga Warisan Negara membuat saya gembira dan itu juga memberikan peluang kepada saya untuk membina rangkaian sosial, di mana saya boleh berinteraksi dengan khalayak ramai.
"Baik daripada bahagian akademik, masyarakat akademik, kalangan akademik mahupun daripada masyarakat awam juga, di mana saya mendengar cerita-cerita daripada mereka, dan itulah yang menyumbang kepada pelajaran saya dalam bidang budaya, sejarah dan juga warisan," kongsi Encik Hafiz, seorang sukarelawan di Taman Warisan Melayu.
Kajian tersebut meninjau mereka yang menjadi sukarelawan sekurang-kurangnya empat kali setahun.
Terdiri daripada belia hingga orang dewasa dan warga emas, kebanyakan mereka berkata mereka meraih manfaat daripada berinteraksi dengan orang daripada latar belakang berbeza.
Selain itu, mereka mendapat kemahiran baharu dan berasa ada matlamat dan hala tujujiti.
NHB menyatakan, dapatan itu juga membantu muzium lebih memahami perkara yang mendorong para sukarelawan.
Mengulas mengenai dapatan tinjauan tersebut, Encik Alvin Tan, Timbalan Ketua Eksekutif, Lembaga Warisan Negara (NHB) berkata: "Dengan maklumat ini, kami akan bekerjasama dengan kumpulan sukarela gabungan dalam usaha menarik anggota.
"Kami akan bekerjasama bersama mereka untuk melakarkan program latihan tertentu, dan menganjurkan lebih banyak peluang membina rangkaian untuk para sukarelawan."

Sumber : CNA/SM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.