Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jabatan Statistik jalankan tinjauan belanja keluarga

abatan Statistik Singapura (DOS) menjalankan Tinjauan Perbelanjaan Keluarga (HES) dari Oktober lalu hingga September ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan Statistik jalankan tinjauan belanja keluarga

Gambar fail flat-flat HDB. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 16 Jan 2018 04:48PM Dikemas Kini : 16 Jan 2018 04:51PM

SINGAPURA: Jabatan Statistik Singapura (DOS) menjalankan Tinjauan Perbelanjaan Keluarga (HES) dari Oktober lalu hingga September ini.

Sebanyak 13,100 keluarga akan ditinjau. Mereka dibahagikan kepada 26 kumpulan dengan setiap kumpulan ditinjau bagi tempoh dua minggu. Kumpulan kesembilan dan ke-10 akan ditinjau pada bulan ini bulan depan. Mereka meliputi penduduk di Bukit Merah, Bukit Panjang, Downtown Core, Hougang, Kallang, Orchard, Queenstown, Rochor, River Valley, Sengkang, Serangoon, Sungai Singapura, Tampines, Tanglin dan Yishun.

Semua pegawai akan membawa membawa bersama kad pengenalan diri rasmi serta surat pengesahan yang dikeluarkan Jabatan Statistik. Mereka yang ingin mengesahkan identiti para pegawai itu boleh menghubungi talian kajian di 1800-888-1718 antara Isnin dan Jumaat, 9 pagi hingga 10 malam, dan pada Sabtu serta Ahad antara 10 pagi hingga 10 malam (tidak termasuk cuti awam).

Dijalankan sekali dalam lima tahun, HES mengumpul maklumat belanja keluarga bagi mengemas kini trend dan produk serta khidmat yang digunakan dalam menghasilkan Indeks Harga Pengguna (CPI). Perangkaan hasil tinjauan itu dapat digunakan bagi meneliti trend perbelanjaan dan pendapatan.  

Sumber : CNA/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan