Jabatan Pilihan Raya bakal pindah operasi ke Novena Rise
Menurut laman ELD, jabatan itu juga memastikan senarai pendaftar pengundi dikemas kini supaya dapat bersedia bagi sebarang pilihan raya pada bila-bila masa.
(Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Jabatan Pilihan Raya (ELD) akan menggabungkan pejabat korporat dan pusat latihannya di bawah satu bumbung di 11 Novena Rise mulai tahun depan, menurut ELD dalam satu kenyataan pada Isnin (28 Dis).
ELD menyatakan ia akan berpindah ke tempat barunya itu pada 4 Januari dan menghentikan operasi di pejabatnya sekarang yang terletak di Prinsep Link dan pusat latihan di Victoria Street pada hari yang sama.
Waktu operasi di Novena Rise tidak berubah iaitu dari 9 pagi hingga 5.30 petang dari Isnin hingga Jumaat. Ia akan ditutup pada hujung minggu dan hari cuti.
"Disebabkan pandemik COVID-19 ini, kami amat menggalakkan orang ramai supaya menggunakan khidmat elektronik pengundi di www.eld.gov.sg untuk berurusan dengan kami," tambah ELD.
ELD merupakan sebuah jabatan di bawah PMO, yang bertanggungjawab dalam menyediakan dan menguruskan pelaksanaan pilihan raya presiden dan parlimen serta sebarang referendum negara di Singapura.
Menurut laman ELD, jabatan itu juga memastikan senarai pendaftar pengundi dikemas kini supaya dapat bersedia bagi sebarang pilihan raya pada bila-bila masa.
Tanggungjawab ELD termasuk melatih para pegawai pilihan raya, memaklumkan kepada orang awam tetang sistem mengundi dan proses pemilihan serta mentadbirkan Akta Sumbangan Politik dan peraturan berhubung perbelanjaan kempen politik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.