Jabatan Farmasi NUS tawar pemeriksaan kesihatan percuma di WGS jelang Ramadan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/NUS Pharmacy and Pharmaceutical Sciences Dept)
SINGAPURA: Satu acara kesihatan untuk masyarakat Melayu/Islam akan diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS) oleh Jabatan Farmasi dan Sains Farmaseutikal Universiti Nasional Singapura (NUS) sebagai persiapan untuk bulan Ramadan yang bakal menjelang.
Dianjurkan dengan kerjasama Klinik Perubatan PanCare dan Farmasi Klinikal iRx, orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut tentang kesihatan jantung dan amalan pengambilan ubat yang betul supaya mereka dapat berpuasa dengan tenang dan selamat semasa bulan Ramadan.
Khidmat Health T.A.G. akan diadakan di Studio Projek Wisma Geylang Serai di tingkat empat bangunan tersebut pada Ahad (16 Feb) dari pukul 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
Ia bertujuan untuk menyumbang kepada inisiatif SG Lebih Sihat, dengan meningkatkan kesedaran para peserta terhadap penyakit kronik dan gaya hidup yang lebih sihat, menurut Jabatan Farmasi dan Sains Farmaseutikal NUS dalam catatan Facebooknya pada 4 Feb.
Selain itu, para pakar juga akan berkongsi panduan dan maklumat praktikal tentang pemakanan sihat semasa berpuasa.
Mereka yang berminat boleh mendaftar melalui pautan ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.