Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ITE tawar diploma belajar sambil bekerja dalam 10 lagi kursus

 10 diploma belajar sambil bekerja yang baru akan mula ditawarkan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) tahun depan. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Nov 2019 07:51PM Dikemas Kini : 26 Nov 2019 10:17PM

SINGAPURA: 10 diploma belajar sambil bekerja yang baru akan mula ditawarkan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) tahun depan.

Dengan penambahan itu, lagi 180 tempat akan dibuka kepada lulusan ITE untuk mempertingkatkan kemahiran mereka.

Keseluruhannya 600 penuntut akan diterima bagi 24 kursus diploma yang ditawarkan.

Hari ini (26 Nov), wakil lebih 260 syarikat menandatangani kerjasama mereka di bawah program itu, dalam satu majlis di Kolej ITE, Timur di Simei yang dihadiri Menteri Pendidikan Ong Ye Kung.

Jumlah syarikat yang bekerjasama dengan ITE bagi program tersebut sebelum ini hanya 114 syarikat.

Kursus-kursus diploma baru yang ditawarkan termasuk penyenggaraan enjin pesawat, kejuruteraan automasi dan pengurusan perniagaan maritim.

Sekitar 600 pelatih dijangka mula mengikuti 24 kursus program itu pada tahun depan.

Program belajar sambil bekerja itu dilancarkan pada April tahun lalu bagi membuka laluan alternatif untuk para penuntut mempertingkat kemahiran mereka.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan