Isyarat Kata Kunci dilancar bantu golongan kurang daya intelek berkomunikasi lebih baik
Gerakan Bagi Golongan Kurang Upaya Intelektual (MINDS) melancarkan satu program yang menggunakan isyarat-isyarat dan pergerakan tangan untuk membantu mereka yang kurang daya intelek agar boleh berkomunikasi dengan lebih baik.
SINGAPURA: Gerakan Bagi Golongan Kurang Upaya Intelektual (MINDS) melancarkan satu program yang menggunakan isyarat-isyarat dan pergerakan tangan untuk membantu mereka yang kurang daya intelek agar boleh berkomunikasi dengan lebih baik.
Program itu tidak memerlukan anda untuk menggunakan bahasa isyarat sepanjang perbualan.
Sebaliknya, ia tertumpu kepada beberapa kata kunci dan pergerakan tangan untuk mengisyaratkan perbuatan mudah, seperti membuka paket atau meminta biskut.
Program Isyarat Kata Kunci atau 'Key Word Sign' memudahkan mereka yang kurang daya intelek untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Program itu berasal dari Australia, tetapi bagi memenuhi keperluan di Singapura, MINDS menyesuaikan isyarat-isyarat bagi makanan dan tempat di sini, seperti yang digunakan golongan kurang daya pendengaran.
Sejauh ini, lebih 1,500 orang kurang daya intelek sudah menyertai program ini.
Bengkel-bengkel asas juga akan dianjurkan bagi kakitangan MINDS tahun depan.
Ia akan dilancarkan secara bertahap-tahap kepada para penjaga, sukarelawan dan orang awam kelak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.