Iswaran tiba di Mahkamah Negara untuk menyerah diri dan mulakan hukuman penjara
Mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran tiba di Mahkamah Negara pada Isnin (7 Okt) menjelang tarikh akhir yang diberikan untuk beliau menyerah diri dan memulakan hukuman penjara selama 12 bulan.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran tiba di Mahkamah Negara pada Isnin (7 Okt) menjelang tarikh akhir yang diberikan untuk beliau menyerah diri dan memulakan hukuman penjara selama 12 bulan.
Berpakaian kemeja lengan pendek dan seluar berwarna gelap, Encik Iswaran yang berusia 62 tahun tidak menjawab soalan media mengenai perasaannya atau sebarang persiapan yang telah dibuatnya.
Sekumpulan kecil penyokong, termasuk penjaminnya dan beberapa peguamnya dari Davinder Singh Chambers, tiba beberapa minit sebelum itu dan menunggunya di luar Mahkamah 4A, di mana beliau akan menyerah diri.
Apabila tiba di tingkat empat, Encik Iswaran memeluk kesemua tujuh anggota kumpulan itu, berjabat tangan dengan mereka dan menyatakan penghargaannya kepada peguam Navin Thevar.
Beliau juga memeluk timbalan pendakwa raya yang menjadi peguam bela, Asoka Markandu apabila Encik Markandu hadir di mahkamah.
Encik Iswaran dijatuhi hukuman itu pada 3 Okt, dengan hakim hampir menggandakan hukuman penjara antara enam hingga tujuh bulan yang diusulkan oleh pihak pendakwa.
Dalam kenyataannya di Facebook pada Isnin (7 Okt), Encik Iswaran berkata bahawa beliau "tidak akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atasnya oleh mahkamah".

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.