Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Iswaran lawat San Francisco Bay bagi pertingkat kerjasama dengan syarikat teknologi

Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran sedang melakukan lawatan ke kawasan San Francisco Bay sehingga Sabtu (24 Ogos) bagi meningkatkan kerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi dan pemula.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Aug 2019 11:50PM Dikemas Kini : 19 Aug 2019 11:53PM

SINGAPURA: Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran sedang melakukan lawatan ke kawasan San Francisco Bay sehingga Sabtu (24 Ogos) bagi meningkatkan kerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi dan pemula.

Semasa lawatannya itu, Encik Iswaran akan berbincang dengan syarikat-syarikat tersebut untuk memahami cabaran dan peluang-peluang dalam ekonomi digital.

Ini terutamanya dalam bidang keselamatan siber, dasar-dasar data dan penyelidikan serta tadbir urus kecerdasan buatan.

Pada Khamis (22 Ogos), Encik Iswaran akan menyertai dialog tentang bagaimana Singapura dan rantau ini sedang memanfaatkan potensi teknologi digital.

Beliau juga akan menemui rakyat Singapura di San Francisco bagi membincangkan mengenai peluang-peluang dalam sektor infokom dan media. 

Sumber : CNA/NU/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan