Iswaran ditempatkan dalam sel seorang diri untuk dilindungi dari individu ingin cederakannya: Pakar undang-undang
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Wallace Woon, MHA)
SINGAPURA: Mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran ditempatkan di dalam sel seorang diri untuk melindunginya daripada individu yang ingin mencederakannya.
Ini disebabkan jawatannya sebelum ini sebagai menteri, kata pakar undang-undang kepada Mediacorp.
Iswaran, 62 tahun, mula menjalani hukumannya pada Isnin (7 Okt), selepas mengumumkan bahawa dia tidak akan merayu hukuman penjara 12 bulan, yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis (3 Okt) lalu.

Peguam tidak terkait dengan kes tersebut memberitahu Mediacorp bahawa Iswaran berdepa risiko lebih tinggi untuk mengalami kecederaan, disebabkan statusnya sebagai mantan anggota politik dan menteri.
“Mungkin terdapat banduan yang terdorong untuk mencederakannya atau takut dicederakan kerana mereka tidak berpuas hati dengannya, sama ada kerana apa yang dia perjuangkan semasa dia memegang jawatan atau kerana mereka berasa marah kerana individu seperti dirinya melakukan kesalahan sedemikian," kata Encik Sanjiv Vaswani, pengarah urusan Vaswani Law Chambers.
Berkongsi sentimen serupa, peguam veteran Ramesh Tiwary, yang mempunyai syarikat guamannya sendiri, berkata bahawa pihak berkuasa tidak ingin menempatkan Iswaran dengan banduan lain yang mungkin ingin mengganggunya.
Encik Tiwary tidak bersetuju dengan kemungkinan bahawa Iswaran akan mendedahkan rahsia negara semasa dia menjalani hukuman penjara.
Peguam itu menambah bahawa memisahkan banduan adalah perkara biasa, terutama sekali jika terdapat ancaman kepada keselamatan individu tersebut.
BAGAIMANA HUKUMAN PENJARA ISWARAN MUNGKIN DIJALANKAN
Peguam berkata bahawa masa Iswaran di penjara boleh dipengaruhi dua perkara: hukumannya disingkatkan dan tahanan rumah, kedua-duanya akan menyebabkan Iswaran menjalani hukuman penjara yang lebih singkat jika dibenarkan.
Di bawah Akta Penjara, Pesuruhjaya Penjara perlu membuat perintah peringanan hukuman supaya hukuman itu disingkatkan, selepas banduan menjalani dua pertiga daripada hukumannya atau 14 hari daripada hukuman itu, salah satu daripadanya, kata ketua litigasi jenayah di IRB Law, Azri Imran Tan.
Pesalah yang menjalani hukuman penjara seumur hidup, atau hukuman penjara 14 hari atau kurang, tidak layak untuk disingkatkan hukumannya.
Menurut laman web SPS, sejumlah besar banduan akan dibebaskan selepas mereka menjalani dua pertiga daripada hukuman mereka, sekiranya mereka menunjukkan kelakuan dan tingkah laku yang baik ketika dipenjara.
Apabila mereka dibebaskan, pesalah akan diberikan perintah peringanan hukuman bersyarat, yang sah sehingga akhir hukuman mereka. Pesalah tidak boleh mengulangi kesalahan dalam tempoh tersebut.
"Berdasarkan hukuman penjara 12 bulan, tarikh pembebasan paling awal buat Iswaran dianggarkan sebanyak lapan bulan, berdasarkan pengiraan dua pertiga hukuman yang ditetapkan," kata Encik Tan.
Ini bermakna, Iswaran boleh dibebaskan dengan peringanan hukuman mulai 6 Jun, mengambil kira hari penyerahan diri sebagai hari pertama hukuman penjara, kata Encik Tiwary.
KEMUNGKINAN ISWARAN MENJALANI HUKUMAN PENJARA DI RUMAH
Seorang banduan juga boleh ditempatkan di bawah Skim Penahanan Rumah, pada hujung hukumannya, yang bertujuan untuk "mengintegrasikan mereka dengan masyarakat" kata Encik Tan.
Menurut laman web Singapore Legal Advice, ia bermakna banduan akan menjalani hukuman di rumah, di mana mereka berada dalam tahanan di dalam rumah dengan perintah berkurung yang ketat.
Di bawah Akta Penjara, Pesuruhjaya Penjara boleh memerintahkan individu yang layak dibebaskan untuk menjalani tahanan di rumah untuk tempoh tidak melebihi 12 bulan.
Untuk menjalani tahanan di rumah, jumlah hukuman pesalah perlu sekurang-kurangnya empat minggu, dan pesalah sudah menjalani hukuman sekurang-kurangnya 14 hari, serta syarat lain, kata Encik Vaswani.
Kesalahan tertentu mengecualikan pesalah daripada skim tersebut, termasuk pengedaran dadah, merusuh, menyebabkan kecederaan parah, dan mencabul kehormatan, antara lain.
Encik Vaswani berkata kesalahan Iswaran tidak tertera dalam senarai itu.
Encik Tiwary berkata, pihak berkuasa mungkin mempertimbangkan sama ada pesalah mempunyai sokongan keluarga serta peluang untuk pesalah berubah. Berdasarkan pemahamannya, Iswaran mungkin menjalani seluruh atau sebahagian baki hukuman empat bulannya dalam tahanan di rumah.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.